Ogy Selesa Hidup Solo

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penampilan Ogy Ahmad Daud sebagai pengacara Melodi. --foto THESTAR Oleh FAIHAN GHANI
Penampilan Ogy Ahmad Daud sebagai pengacara Melodi. --foto THESTAR Oleh FAIHAN GHANI

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy mengakui dia berasa selesa hidup solo sejak sembilan tahun penceraiannya dengan pelakon Eman Manan.

Ogy berkata, buat masa ini, dia gembira dengan kehidupannya yang sibuk dengan jadual kerja selain menjaga anak angkatnya yang bernama Nur Aishah Aminah.

"Susah untuk saya bercakap tentang jodoh ini, jika menidakkan, dah macam lawan kuasa Tuhan pula. Dan bila kata 'ya saya ingin kahwin', bunyi seperti beria-ria.

"Apa-apa pun saya selesa dengan kehidupan sekarang ini. Tambah pula melayan karenah Aminah yang aktif, saya bahagia," katanya yang ditemui selepas mengacarakan program gosip hiburan, Melodi, secara langsung di sini, Ahad.

Ditanya, adakah Ogy pernah didekati oleh mana-mana lelaki, katanya belum ada lagi yang cuba untuk mendekatinya.

"Mungkin mereka berasa risau kot melihatkan diri saya yang agresif, mereka takut untuk mendekati saya.

"Ataupun mereka menganggap saya ini terlalu garang, maklumlah, bila bekerja maka saya akan lebih serius," selorohnya.

Sementara itu, menceritakan tentang perasaannya mengendalikan Melodi sebagai hos gantian selepas 12 tahun meninggalkan program itu, Ogy berkata dia berasa dirinya kembali ke zaman 90-an.

Kata Ogy, dia gembira apabila mendapat panggilan daripada penerbitnya, Azman Abdul Ghafar untuk mengacarakan Melodi, malah teruja untuk mengacara program yang sudah lama ditinggalkan itu.

"Walaupun hanya hos gantian, satu penghargaan buat saya apabila dapat mengacarakan program yang sudah lama saya tinggalkan.

"Sepatutnya saya kendalikan program itu bersama Zizan, tetapi Zizan tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

"Apa-apapun saya berpuas hati dengan persembahan saya hari ini. Malah ketika mengacara, saya terus mengimbas kenangan bersama Melodi dahulu," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan