Norman Anggap Ada Musuh Cuba Burukkan KRU

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman Abdul Halim
Norman Abdul Halim

KUALA LUMPUR: Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan tuduhan terbaru iaitu gagal menjelaskan gaji pekerja serta tidak melunaskan pinjaman bagi pembikinan filem terbitan syarikat itu sebagai tindakan iri hati daripada musuh perniagaan mereka.

Norman berkata tuduhan-tuduhan yang tidak berasas itu sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu kerana tidak mempunyai cara lain untuk memburukkan reputasi selepas melihat kejayaan syarikat berkenaan.

“Selama 20 tahun dalam dunia hiburan, kami bersih daripada kontroversi atau skandal. Jadi, pihak-pihak ini terpaksa mengatur strategi dengan mengada-adakan cerita yang tidak berasas untuk menjatuhkan kami.

“Anda boleh lihat sendiri operasi perniagaan kami. Jika benar apa yang didakwa itu berlaku, tentu sudah lama kami berdepan tindakan undang-undang,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Norman berkata, dia sudah berasa jemu dan enggan mengulas lanjut mengenai cerita-cerita yang timbul kerana kerap kali dikaitkan dengan tuduhan yang sama.

“Saya sudah malas hendak komen apa-apa. Bila kita komen, orang anggap ia memang berlaku dan kami seperti mahu menafikannya. Cuma, saya hendak cabar mana-mana pihak yang mengemukakan tuduhan itu tampil dengan bukti-buktinya.

“Janganlah jatuhkan empayar yang kami bersusah-payah bina selama 20 tahun dengan cara kotor. Orang boleh berkata apa sahaja tanpa mengetahui cerita sebenar,” katanya yang percaya ia adalah perbuatan khianat penggiat industri hiburan sendiri.

Dalam perkembangan lain, Norman yang juga Penerbit Eksekutif filem Stereoscopic 3 Dimensi (S3D) pertama Malaysia iaitu 29 Februari percaya masyarakat akan dapat menerima format filem yang baru diperkenalkan di negara ini.

“Kalau diikutkan, apa yang kami perkenalkan dalam 29 Februari bukanlah terlalu baru dalam dunia perfileman. Ia memang asing kepada kita tetapi di Hollywood umpamanya sudah melakukan lebih daripada ini.

“Namun, bagi rantau Asia, kami adalah yang kedua di belakang Thailand yang terlebih dulu menerbitkan filem dalam format ini.

“Saya yakin masyarakat akan memberikan peluang kepada filem ini kerana kekuatan jalan cerita dan konsepnya, selain aplikasi teknologi itu,” hurainya.

29 Februari yang diarahkan Edry Abdul Halim mengisahkan kehidupan lelaki bernama Budi lakonan Remy Ishak yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia empat tahun sekali.

Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai satu sumpahan. Walhal, ia adalah anugerah Tuhan yang membolehkan Budi melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya sehingga akhirnya bergelar Malaysia.

Selain Remy, ia turut dibintangi antaranya Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Ramli Hassan, Nam Ron dan Chew Kin Wah.

Filem tempatan kesepuluh terbitan KRU Studios ini bakal ditayangkan pada 30 Ogos depan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan