Majlis Persandingan Scha & Awal Meriah

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Scha dan Awal menggayakan busana pereka Syaiful Baharim pada mahlis perkahwinannya. Foto SHAARI CHE MAT
Scha dan Awal menggayakan busana pereka Syaiful Baharim pada mahlis perkahwinannya. Foto SHAARI CHE MAT

PUTRAJAYA: Selepas selamat bernikah pada 4 Mei lalu, Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal) dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha) mengadakan majlis persandingan mereka dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.

Majlis dihadiri kira-kira 2,000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.

Bertemakan konsep 'vintage', Scha, 29, kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Syaiful Baharim manakala Awal, 30, pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga hasil pereka yang sama.

Suasana dewan yang dihiasi dengan paduan bunga berwarna dan cahaya ungu membuatkan majlis tampak sederhana dan elegan.

Acara bermula pada pukul 9 malam dengan ketibaan pengantin lelaki, diiringi pula dengan pengantin perempuan.

Kemudian, kedua-dua mempelai tampil dengan busana ala Inggeris bagi acara potong kek.

Dalam pada itu Awal turut memberi kejutan dengan menyanyikan lagu Sedetik Lebih khas buat isteri tercinta.

Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah, Atilia, Shila Amzah, Alyah, Aishah Sinclair, Datuk Eizlan Yusof, Julia Ziegler, Tony Yusof, Zed Zaidi, Faezah Elai, Linda Onn, Irma Hasmi dan Salamiah Hassan.

Majlis berkenaan diacarakan oleh personaliti TV3 iaitu Nurul Syuhada dan Saiful Nizam.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan