'Pada Zaman Dahulu' Bakal Popular Seperti 'Upin & Ipin'

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

'Pada Zaman Dahulu' akan popular seperti 'Upin & Ipin'. Foto KIMBERLY YEO
'Pada Zaman Dahulu' akan popular seperti 'Upin & Ipin'. Foto KIMBERLY YEO

ULU KELANG: Selepas siri animasi Upin & Ipin memperoleh kejayaan besar hampir di seluruh Asia, kini penerbitnya, Les'Copaque akan muncul dengan produk terbaru berjudul Pada Zaman Dahulu.

Pengarahnya, Usamah Zaid berkata, pihaknya akan memastikan Pada Zaman Dahulu akan popular seperti Upin & Ipin dan watak-watak di dalam siri tersebut akan menjadi ingatan buat kanak-kanak.

"Sebelum ini Upin & Ipin telah mencipta fenomenanya tersendiri sehingga menimbusi ke pasaran luar negara.

"Kemunculan Pada Zaman Dahulu pula seperti meneruskan legasi siri animasi pertama kami itu dan harap-harap ia bakal mencipta kejayaan yang lebih besar," katanya pada pelancaran siri animasi Pada Zaman Dahulu di Zoo Negara, di sini, Khamis.

Bagaimanapun, beritahu Usamah, siri berkenaan sebenarnya sudah pun ditayangkan di saluran Astro Al-Hijrah dan ia kini akan disiarkan semula menerusi saluran Astro Ceria (saluran 611) bermula 11 mei ini.

Siri ini mengisahkan Aris dan Ara, kanak-kanak dari bandar yang tinggal di kampung bersama Aki dan Wan.

Seperti kanak-kanak lain, kedua-dua mereka agak nakal dan masih lagi sukar untuk membiasakan diri dengan cara kehidupan di kampung.

Justeru itu, Aki cuba mendekati cucu-cucunya dengan menceritakan kisah-kisah dongeng Sang Kancil agar mereka dapat belajar daripada kesilapan.

"Bahan tontonan seperti kartun animasi sebenarnya merupakan satu medium mendidik yang mampu menarik minat penonton sekali gus menjadikan mesej yang disampaikan mudah difahami.

"Pada masa sama golongan dewasa termasuklah ibu bapa akan mengimbas kembali kenangan zaman kanak-kanak mereka menerusi animasi ini," ujar Usamah.

Bagi yang ingin memiliki barangan eksklusif Pada Zaman Dahulu, tontoni siri animasi tersebut pada setiap Jumaat hingga Ahad pada pukul 11 pagi dan ulangannya pada 2 dan 7 petang, soalan akan dipaparkan selepas animasi ini bersiaran.

Jawab dan kumpulkan kesemua jawapan sehingga minggu keempat dan emelkan beserta dengan slogan kreatif ke astroceria@astro.com.my.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan