Seniman Desak PUSPAL Semak Semula Kemasukan Artis Negara Luar

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zed Zaidi. Foto ROHAIZAT MD DARUS
Zed Zaidi. Foto ROHAIZAT MD DARUS

KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mendesak Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) untuk menyemak semula kemasukan artis-artis negara luar yang berkemungkinan besar tidak mempunyai permit bekerja

Timbalan presidennya, Zed Zaidi berkata, industri seni tempatan semakin dibanjiri oleh artis negara luar dan kebanyakan daripada mereka masuk ke Malaysia tidak mengikut saluran prosedur yang ditetapkan.

"Saya desak pihak PUSPAL untuk membuat semak semula terhadap artis-artis luar negara satu persatu berkenaan dengan permit mereka kerana saya percaya ramai yang bekerja di bawah pas lawatan sosial.

"Bayangkan jika seorang pelakon negara luar mendapat tawaran berlakon sebuah filem dengan bayaran sebyak RM100,000 untuk setiap bulan, berapa banyakkah jumlah pendapatannya itu dibawa keluar ke negara asalnya dalam masa setahun?

"Ia sekaligus dapat merosakkan ekonomi industri seni itu sendiri jika tiada sesiapa yang mengendahkannya," katanya yang ditemui pada sidang akhbar 'Kemelut Harga Pembelian Program TV' di Saloma Bistro, di sini, Rabu.

Tambah Zed, disebabkan kebanjiran artis-artis luar, ia membuatkan ramai artis tempatan kurang mendapat tawaran berlakon sedangkan mereka lebih berbakat dan berdisiplin dalam kerja berbanding artis luar.

Dalam pada itu, Zed juga menegaskan, walaupun akan ada segelintir pihak yang memperkecilkan tindakannya ekoran tentang isu dia tidak berpuas hati dengan kemenangan pelakon Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita harian 2011 (ABPBH2011), hal berkenaan langsung tiada kena-mengena dengan perjuangannya itu.

"Memandangkan saya merupakan sebahagian wakil daripada Seniman, tidak salah jika saya memperjuangkan hak artis tempatan yang teraniaya.

"Lagipun sudah menjadi tugas pihak persatuan untuk mendesak mana-mana pihak yang tidak berlaku adil terhadap para artis.

"Cuma saya berharap sangat agar pihak yang bertanggungjawab mengkaji semula kebanjiran artis luar di negara ini," tegasnya.

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan