Isu Bayaran Rendah, Stesen TV Perlu Buka Pintu Rundingan

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bayaran kepada pelakon pada hari ini semakin meningkat tetapi kadar pembelian industri kreatif daripada stesen televisyen masih di takuk lama. Gambar hiasan.
Bayaran kepada pelakon pada hari ini semakin meningkat tetapi kadar pembelian industri kreatif daripada stesen televisyen masih di takuk lama. Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Penerbit drama, Mohd. Noor Kadir menegaskan pihak stesen televisyen (TV) perlu lebih fleksibel dalam memberi kelonggaran kepada para penerbit membuat keputusan mengikut bajet yang diberikan.

Mengulas mengenai isu bayaran rendah stesen TV terhadap pihak penerbit yang dibangkitkan oleh Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Mohd. Noor berkata, hal bayaran bukanlah satu masalah, tetapi bayaran yang ditentukan mestilah sesuai dengan pemilihan pelakon, pengarah, penulis skrip dan lokasi yang diingin pihak stesen TV.

"Pada pendapat saya, ada betul juga apabila pihak PTVM tidak puas hati dengan bayaran yang ditentukan oleh stesen TV, kerana apa yang diminta tidak seiring dengan bajet yang disediakan.

"Contohnya, jika harga RM89,000 bagi sebuah telefilem diletakkan, sepatutnya pihak stesen TV perlu fleksibel dan tidak meminta itu dan ini yang mungkin boleh melebihi bajet, lebih-lebih lagi tentang pemilihan pelakon-pelakon yang popular.

"Bayangkan pelakon yang diinginkan stesen TV baru sahaja menang anugerah, semestinya mereka akan meletakkan harga tinggi sehinga RM15,000 berbanding dengan bajet yang ditetapkan iaitu sebanyak RM5,000 sahaja," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Pada awal Mac lalu, PTVM meminta kerajaan mengeluarkan garis panduan kepada semua pemilik stesen televisyen di negara ini supaya dapat menyelaraskan kadar pembelian program-program televisyen yang tidak pernah berubah sejak tahun 1995.

Sejak tahun 1995, harga pembelian program televisyen dikeluarkan mengikut kehendak stesen televisyen masing-masing.

Bagi sebuah telefilem, sebut harga di RTM adalah di antara RM100,000 hingga RM110,000, Media Prima (RM85,000 hingga RM89,000) dan Astro pula meletakkan harga RM80,000 hingga RM90,000.

Untuk drama 60 minit pula, penerbit akan mendapat bayaran sebanyak RM40,000 hingga RM45,000 untuk RTM, Media Prima (RM35,000 hingga RM40,000) dan Astro (RM35,000 hingga RM40,000).

Bagaimanapun tambah Pengarah Urusan Kuasatek Pictures Sdn Bhd itu, kerajaan tidak perlu mengeluarkan garis panduan sebaliknya stesen TV lain perlu mencontohi stesen TV Astro yang mudah dirunding.

"Saya bukan ingin mengangkat mana-mana jenama stesen TV, tetapi berdasarkan pengalaman, Astro sangat bertimbang rasa daripada segi pemilihan pelakon terutamanya.

"Malah mereka juga memberi kebebasan tentang pemilihan krew di bahagian kreatif.

"Maka tidak kisahlah berapa bajet pun yang diberikan, sekurang-kurangnya pihak penerbit mempunyai ruang untuk membuat keputusan dan rundingan mengikut bajet yang ditetapkan, sekaligus tidak akan merugikan produksi," tegasnya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan