Azza (Elite) Syukur Dapat Khatam Al-Quran

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azza dan Azlan semakin gembira melayari bahtera perkahwinan.
Azza dan Azlan semakin gembira melayari bahtera perkahwinan.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Azza (Elite) melahirkan rasa syukur apabila dapat menyertai majlis khatam Al-Quran bersempena majlis resepsi perkahwinannya pada Isnin.

Azza berkata, dia memang telah lama memasang niat untuk mengadakan majlis tersebut namun tidak berkesempatan mengadakannya sebelum ini.

"Saya rasa seronok sangat dapat menyertai majlis khatam Al-Quran kerana memang lama telah berniat untuk berbuat demikian. Ia adalah antara detik indah dalam hidup saya," ujarnya kepada mStar Online.

Azza dan pasangannya iaitu Azlan Zulaily diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir.

Turut diraikan adalah rakan baik Azza iaitu Watie Sadali atau Watie Elite dan suaminya, Zulkifli Daud (Joey).

Tambah Azza, walaupun dalam majlis khatam Al-Quran itu turut disertai oleh anak-anak Ruhaidini ia tetap menjadi kenangan manis buatnya dan menganggap ia lebih meriah dengan kehadiran mereka.

Dalam pada itu, Azza melahirkan rasa gembira kerana dapat bersanding dengan rakan baiknya itu dan menganggap ia sebagai sesuatu yang tidak pernah difikirkan sebelum ini.

Tambah Azza, pelawaan Ruhaidini untuk mengadakan majlis tersebut yang kebetulan rapat dengan mereka berdua disambut gembira oleh mereka.

"Sebetulnya Kak Dini (Ruhaidini) ingin menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-20 bersama suaminya selain mengadakan majlis khatam Al-Quran untuk anak-anaknya dan idea untuk mengadakan majlis resepsi ini adalah daripadanya.

"Saya dan Watie terus bersetuju dengan cadangannya itu sebagai menghormati permintaannya itu," katanya.

Pada majlis tersebut, turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah kerabat diraja Pahang iaitu Datuk Tengku Kamaruzaman selain ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Manakala artis yang turut hadir adalah Mawi dan isteri, Ekin, Haiza, Maya, Zain Saidin, Sasha (Elite) dan Zila Bakarin.

Sementara itu, Azza memberitahu dia dan Azlan akan bersanding sekali lagi di Mydin di Meru Raya, Ipoh bersempena dengan pembukaan pasaraya terkenal itu pada 16 Jun depan.

Azza memberitahu, dia bersetuju untuk mengadakan majlis resepsi di tempat tersebut kerana saudara maranya banyak yang tinggal di sebelah utara dan akan memudahkan mereka untuk hadir.

"Kami bukannya bersanding di dalam pasaraya tetapi ada sebuah dewan khas untuk mengadakan majlis perkahwinan di tempat tersebut.

"Malah orang ramai boleh menempah dewan itu untuk mengadakan resepsi mereka," katanya.

Terdahulu, Azza, 34 dan Azlan, 25 diijabkabulkan pada 1 April lalu di Bukit Antarabangsa di sini.

Dia sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berpisah pada tahun 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka tidak mendapat cahayamata sebaliknya Azza memilih untuk memelihara seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan