Azlan (The Typewriter) Mahu Jadi Eksklusif Seperti Anuar Zain

Diterbitkan: Selasa, 1 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azlan (The Typewriter)
Azlan (The Typewriter)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Azlan (The Typewriter) berkata dia memendam hasrat untuk menjadi penghibur berprofil tinggi seperti Anuar Zain.

Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle, 30, berkata sikap dan cara pengurusan kerjaya nyanyian Anuar Zain yang profesional menjadi panduan kepadanya untuk mengikut jejak penyanyi kacak itu.

“Saya mahu menjadi penyanyi seperti Anuar Zain. Dia seorang ikon yang lengkap dan profesional. Saya kagumi cara dia meletakkan dirinya di dalam industri.

“Dia bukan sombong atau berlagak tetapi bijak memelihara nilai eksklusifnya. Namun, perjalanan saya masih jauh untuk ke arah itu dan banyak aspek yang perlu saya pertingkatkan,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Katanya, selepas hampir lima tahun bergelar penyanyi profesional sudah tiba masanya dia mengubah haluan dan gaya muziknya agar dapat diterima oleh khalayak peminat yang lebih luas.

“Selepas meninggalkan kumpulan Meet Uncle Hussain kira-kira tiga tahun lalu, saya cuba memperkenalkan stail muzik yang berbeza bersama kumpulan The Typewriter tetapi ketika saya akui agak hilang arah dan masih tercari-cari genre yang paling sesuai.

“Kini selepas melakukan kajian dan pemerhatian, saya sedar bahawa muzik dan vokal perlu seiring, sebagaimana dilakukan Anuar Zain. Sebab itu dia berjaya dan dihormati,” katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, bapa kepada bayi perempuan Laura Lutfea ini berkata dia bakal mengeluarkan lagu single berjudul Bukan Ugutan ciptaan sepenuh olehnya dalam masa terdekat.

“Selain lagu Idola yang bakal dijadikan runut bunyi untuk filem Hoore! Hoore!, saya bakal keluarkan beberapa buah lagu lagi termasuk Bukan Ugutan pada tahun ini.

“Lagu-lagu untuk album baru Azlan & The Typewriter ini nanti akan lebih mesra pendengar dan tidak terlalu keras berbanding sebelum ini,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan