Mila Kunis Pendam Perasaan Terhadap Ashton Kutcher

Diterbitkan: Ahad, 29 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mila Kunis
Mila Kunis

WALAUPUN menafikan mempunyai hubungan intim dengan Ashton Kutcher, Mila Kunis telah membuat pengakuan bahawa dia sudah lama memendam perasaan terhadap aktor berusia 34 tahun itu.

Menurut laporan Dailymail, Mila berkata Ashton merupakan lelaki pertama yang diciumnya ketika masih remaja di mana pada ketika itu kedua-dua mereka membintangi sitkom That 70's Show.

"Saat itu kami sedang melakonkan adegan romantis dan momen itu sentiasa menjadi momen indah di fikiran. Ketika melakonkan babak cium saya berasa gugup dan tidak tenang.

"Dan untuk mengatasi masalah tersebut saya telah menyemburkan minyak wangi kegemaran saya kepadanya dan sedikit sebanyak aroma minyak wangi itu membantu saya untuk mencium dia," katanya.

Ketika mendapat tahu tentang kenyataan Mila, Ashton agak terkejut tentang hal tersebut kerana tidak menyangka Mila mempunyai perasaan terhadapnya.

"Saya lelaki pertama yang dicium? Sukar untuk saya berkata-kata. Jika saya tahu bahawa saya adalah yang pertama mendapat ciumannya pastinya saya juga akan tertekan," seloroh Ashton pula.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan