Barisan Artis Nasional Promosi Pelancongan Perak

Diterbitkan: Ahad, 29 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan Artis Nasional akan menyokong industri pelancongan Perak.
Barisan Artis Nasional akan menyokong industri pelancongan Perak.

PETALING JAYA: Pertubuhan Barisan Artis Nasional (BRAN) yang ditubuhkan pada 20 April lalu akan menyokong bagi melaksanakan agenda pembangunan kesenian dan masyarakat yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri Perak.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan kepada mStar Online, kerajaan negeri itu menerusi Tourism Perak percaya bahawa golongan artis adalah salah satu komponen penting di dalam usaha mempromosi pelancongan Perak ke serata negara.

"Menerusi pelantikan Datuk AC Mizal sebagai Duta Pelancongan Perak, satu kesatuan perlu diwujudkan bagi menghimpunkan golongan artis untuk tujuan yang sama.

"Penglibatan artis dan selebriti dijangka mampu memberi impak besar terhadap masyarakat.

"Dan BRAN memberikan ruang dan peluang pekerjaan kepada ahli-ahli dalam siri aktiviti yang sudah dirancang dalam kalendar Tahun Melawat Perak 2012 bagi menambah pendapatan ahli-ahli," kata kenyataan itu.

Pertubuhan ini diasaskan penubuhannya oleh AC Mizal sebagai Presiden di samping isterinya, Datin Emylia Rosnaida, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila dan beberapa nama lain sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) penaja yang awal sebelum pemilihan jawatankuasa rasmi dibuat kelak.

Ia kini sedang giat menyenaraikan dan mengundang golongan artis yang ingin bekerjasama untuk mendaftar sebagai ahli pertubuhan sekali gus dapat menyemarakkan agenda pelancongan Perak mencipta pelbagai manfaat yang menguntungkan persatuan dan kesemua ahli-ahlinya.

Bagi yang ingin menyertai BRAN, syarat-syarat untuk menjadi ahli ialah mereka adalah penggiat seni profesional.

Selain itu, ahli mestilah berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan