Lindsay Lohan Bakal Galas Watak Elizabeth Taylor

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lindsay Lohan (kiri) dan mendiang Elizabeth Taylor
Lindsay Lohan (kiri) dan mendiang Elizabeth Taylor

LONDON: Pelakon dan penyanyi Lindsay Lohan disahkan bakal menggalas watak Elizabeth Taylor sekali gus menandakan kemunculan semula bintang bermasalah itu dalam dunia lakonan.

Ketua rangkaian Lifetime, Rob Sharenow mengesahkan pelakon berusia 25 tahun itu akan membawa watak berkenaan dalam telefilem Liz ‘n’ Dick yang berkisar mengenai hubungan cinta Taylor dengan aktor Richard Burton.

“Kami begitu teruja Lindsay akan memainkan watak legenda Hollywood, Elizabeth Taylor. Dia (Taylor) adalah aktres yang unik dengan bakat, kecantikan dan kontroversi yang melonjakkan dirinya sebagai seorang ikon,” kata Sharenow dalam satu kenyataan.

“Saya sentiasa mengagumi dan begitu menghormati Elizabeth Taylor. Dia bukan sahaja aktres yang berbakat besar malah seorang wanita yang hebat,” kata Lohan seperti dipetik Sky News.

Taylor berkenalan dengan Burton di lokasi penggambaran filem Cleopatra (1963).

Sejak itu, mereka mula menjalin hubungan cinta yang mendapat liputan meluas media di seluruh dunia apabila pasangan itu berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali dalam tempoh beberapa tahun.

Lohan mula bercerita mengenai watak tersebut dalam satu temu ramah pada bulan lalu di mana dia turut memuat naik gambarnya yang berpakaian seperti Taylor dalam akaun Twitter peribadinya.

Namun, tiada pengesahan mengenai tawaran itu sehingga pihak studio penerbitan itu mengumumkan perkara tersebut baru-baru ini.

Sejak kebelakangan ini, Lohan yang juga pelakon filem Mean Girls berusaha untuk mengikis imej liar yang pernah dikaitkan dengannya kerana kerap dipenjarakan, keluar masuk ke pemulihan serta turun dan naik mahkamah sejak 2007.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan