Dapatkan Segera Diskaun Harga Tiket Maher Zain Sehingga Ahad

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Orang ramai masih boleh mendapatkan potongan harga tiket bagi menyaksikan konsert Maher Zain Live In Malaysia 2012 sebanyak 5 peratus yang dibuka sehingga Ahad ini.

Penganjur konsert berkenaan iaitu Marctensia Concerts dan Awakening Entertainment berkata, diskaun itu (kecuali tiket VIP) akan diberikan kepada mereka yang membuat tempahan awal sahaja.

Tiket berharga RM298, RM238, RM138 dan RM78 boleh didapati menerusi pembelian secara talian iaitu di ww.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 03-92228811.

Dalam pada itu, bagi pemegang tiket VIP, mereka berpeluang untuk mengambil foto secara berkumpulan bersama Maher Zain. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman Facebook Marctensia Concerts Facebook fan page.

Konsert istimewa ini ditaja bersama oleh Etiqa Takaful Bhd dan One Drop Perfumes manakala Astro sebagai penyiar rasmi manakala Singesen pula bertindak sebagai Sokongan Teknikal.

Persembahan Maher Zin ini sememangnya dinantikan oleh para peminat Malaysia kerana kali terakhir beliau mengadakan konsert berskala mega adalah sekitar Februari tahun lalu dalam Maher Zain Live in Concert - Mercy To Mankind di Stadium Malawati, Shah Alam yang mendapat sambutan kira-kira 7,000 penonton.

Menariknya konsert kali ini, penyanyi yang berasal dari Lubnan ini bukan saja menyanyikan lagu popularnya sebelum ini seperti IshaAllah, Thank You Allah, Palestine Will Be Free dan Baraka Allahu Lakuma tetapi juga akan menyampaikan lagu dari album terbarunya yang berjudul Forgive Me, termasuk single pertama yang sedang mendaki carta iaitu Number One For Me.

Malaysia adalah negara pertama konsert jelajah Maher bagi mempromosikan album terbarunya itu.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi penganjur di talian Marctensia Concerts - 032092 1199 atau layari laman sesawang www.marctensia.com / http://www.maherzainforgivemeconcert2012malaysia.com.my/.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan