Osman Ali Terima Jika 'Jiwa Taiko' Dibandingkan

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah filem Jiwa Taiko Osman Ali. - Foto oleh LIM CHENG KIAT
Pengarah filem Jiwa Taiko Osman Ali. - Foto oleh LIM CHENG KIAT

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Osman Ali tidak kisah jika karya terbarunya daripada genre aksi iaitu Jiwa Taiko akan dibandingkan dengan filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.

Osman berkata, sebagai pengarah dia tidak dapat mengelak untuk filem itu dibandingkan-kerana banyak filem-filem aksi sebelum ini telah terlebih dahulu dihasilkan.

"Rasanya jika filem Jiwa Taiko ditayangkan dahulu daripada filem aksi lain, pasti ia tetap dibuat perbandingan dengan KL Gangster.

"Tapi saya harap perbandingan atau kritikan nanti biarlah yang positif dan membina," ujarnya kepada mStar Online.

Osman ditemui ketika majlis pelancaran muzik video 'Bebas' nyanyian kumpulan The Azenders yang menjadi lagu tema filem tersebut.

Jiwa Taiko bakal ditayangkan pada 14 Jun depan dan membariskan nama-nama besar seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Diana Danielle, Nadiya Nissa, Fizz Fairuz dan Beto Khusyairi.

Dalam pada itu, Osman berkata, pendekatan yang digunakan dalam filem tersebut sedikit berbeza dengan filem-filem aksi sedia ada menggabungkan banyak elemen dengan menitikberatkan jalan cerita.

Tambah Osman, ia juga akan memaparkan lebih banyak seni mempertahankan diri seperti silat dalam babak-babak aksi.

"Memasukkan elemen seni mempertahankan diri barangkali kelainan paling ketara dalam filem ini kerana kita tidak mahu babak pergaduhan menggunakan aksi yang sama seperti mana yang telah banyak dipaparkan dalam filem antarabangsa lain.

"Sekali gus ia dapat membudayakan seni silat sebagai contoh kepada penonton," ujarnya.

Filem terbitan Nuansa Sdn Bhd itu menelan kos sebanyak RM1.8 juta termasuk promosi.

Osman berkata, dia tidak mahu meletak harapan terlalu tinggi dari segi kutipan seperti mana filem Ombak Rindu tetapi berharap Jiwa Taiko dapat mencecah sekurang-kurangnya RM4 juta apabila ditayangkan kepada umum kelak. Sementara itu, Osman menjelaskan dia sedar harapan masyarakat terhadapnya sangat tinggi selepas kejayaan filem cinta Ombak Rindu.

Mengakui sedikit tertekan, Osman bagaimanapun optimis karya terbarunya akan diterima penonton.

"Saya hasilkan Jiwa Taiko sebelum Ombak Rindu dan kejayaan filem itu di pawagam telah memberi satu tanggapan kepada peminat iaitu saya akan keluar dengan mutu filem yang setanding dengan filem tersebut.

"Bagaimanapun, saya yakin filem ini akan memenuhi cita rasa penonton sekali gus diterima dengan baik," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan