'Kemunculan' Tupac Shakur Kejutkan Penonton

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tupac Shakur.
Tupac Shakur.

“KEMUNCULAN” semula penyanyi rap popular era 90'an iaitu Tupac Shakur di sebuah Festival muzik baru-baru ini telah menimbulkan kekecohan di kalangan peminat kerana ada yang mengatakan penyanyi itu masih hidup.

Teka-teki itu terjadi kerana kematiannya pada tahun 1996 pernah diragui sehingga menjadi perbahasan hangat dan ada yang mengatakan penyanyi itu disembunyikan di satu tempat rahsia.

Daily Mail melaporkan, perkara itu telah diungkapkan sendiri oleh Presiden syarikat rakaman Death Row, Suge Knight bahawa kematian Tupac boleh dipertikaikan kerana jenazahnya tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun sebelum ini.

"Mungkin Tupac belum benar-benar mati kerana dia ada di suatu tempat. Belum pernah ada yang melihat mayatnya," katanya.

Tahun lalu, Suge dan Sean Combs atau P.Diddy dituduh terlibat sama atas kematian Tupac dan Biggie Smalls. Namun mereka menganggap tuduhan itu sebagai mengarut.

Bagaimanapun kemunculan penyanyi berkenaan menerusi festival tersebut hanyalah dalam bentuk hologram ataupun imej fotografi di hadapan kira-kira 75,000 penonton.

Imej pada hologram itu menunjukkan ia seperti Tupac sebenar.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan