'Iamneeta' Rasa Bertuah Dilamar Gara-Gara YouTube

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Iamneeta bangga menjadi kumpulan pertama yang diketengahkan menerusi laman YouTube. - Foto oleh RAYMOND OOI
Kumpulan Iamneeta bangga menjadi kumpulan pertama yang diketengahkan menerusi laman YouTube. - Foto oleh RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Kumpulan baru Iamneeta (disebut I am neeta) percaya status sebagai anggota kumpulan muzik pertama yang “dilamar” menerusi laman YouTube untuk bergelar artis rakaman mampu melonjakkan populariti mereka di persada muzik tanah air.

Menurut vokalisnya Neeta Manisha (Neeta), 18, keunikan tersebut merupakan satu kelebihan buat orang baru seperti mereka untuk menonjol berbanding kumpulan-kumpulan yang sedia ada.

“Kami anggap platform YouTube satu kelebihan dan tuah buat kumpulan ini untuk ke depan dan lebih dikenali kerana setahu saya belum ada lagi kumpulan di Malaysia mahupun dunia yang diketengahkan sebagai artis rakaman menerusi laman YouTube.

“Kalau penyanyi solo memang sudah ramai. Jadi, ia adalah satu penjenamaan yang baik untuk mempromosikan kami, seiring dengan perkembangan muzik semasa,” katanya ketika ditemui mStar Online di Menara Star, baru-baru ini.

Selain Neeta, kumpulan dari Sungai Petani, Kedah ini turut dianggotai Anas Zakwan atau Anas, 19, (pemain gitar bass) dan Patrick Anohada atau Patrick, 26, (pemain gitar utama).

Bercerita mengenai pemilihan nama kumpulan itu yang diinspirasikan daripada nama Neeta, Anas berkata ia tidak menimbulkan sebarang salah faham atau tidak puas hati kerana ia kedengaran unik dan mudah diingati.

“Kami mengambil masa yang lama untuk memilih nama kumpulan ini. Ia adalah sesuatu proses yang sukar. Secara kebetulan, Neeta menggunakan nama “iamneeta” itu sebagai identitinya di laman YouTube ketika dia menaik muat rakaman nyanyiannya secara solo sebelum ini.

“Memandangkan ia kedengaran unik dan ringkas, kami bersetuju untuk gunakan saja nama itu," katanya.

Tegas Anas, walaupun nama kumpulan itu diambil sempena nama Neeta, ia tidak mungkin dapat berdiri dengan sendirinya tanpa ketiga-tiga anggota.

“Setiap anggota mempunyai peranan dan kekuatan masing-masing. Neeta pada aspek vokal dan disokong oleh saya dan Patrick pada aspek muzik. Malah, semua lagu kumpulan ini dihasilkan oleh Patrick,” katanya.

Neeta menambah: “Saya lebih selesa menyanyi bersama kumpulan. Saya tidak boleh bayangkan kalau jadi penyanyi solo kerana saya mudah gugup ketika berada di pentas, maka mereka adalah kekuatan saya.”

“Iamneeta” yang bernaung di bawah label NAR Records sejak dua bulan lalu kini mempertaruhkan lagu pertama yang berjudul Tuhan Tolong Aku.

Mereka yang berpaksikan genre alternatif pop rock ini turut akan mengeluarkan lagu-lagu ‘single’ susulan selepas ini iaitu Terima Kasih, Marry Me dan Jatuh Cinta.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan