Shiro (Raja Lawak) Ganti 'Johara' Di Era FM Bermula 1 Mei

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Hanaffi.
Kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Hanaffi.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Hanaffi akan menggantikan “Johara” iaitu Johan, Ray dan Haniff menerusi segmen Riuh Pagi Era bermula 1 Mei depan.

Shiro yang merupakan juara Raja Lawak musim keenam lalu itu mengambil tempat “Johara” selama dua minggu kerana ketiga-tiga deejay Era FM tersebut mahu bercuti.

"Saya dan Hanaffi telah pun mula berlatih di studio Era FM untuk membiasakan diri dengan semua peralatan pengendalian siaran radio dengan bantuan penyampai lain.

"Insya-Allah peluang ini tidak akan disia-siakan kerana program pagi itu sangat popular dan diminati pendengar," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Shahrol tidak menafikan mereka gementar kerana tidak pernah ke udara sebelum ini dan gusar dengan penerimaan peminat.

Shahrol bagaimanapun berasa optimistik kerana sebagai pendatang baru peluang sedemikian tidak selalunya muncul.

"Perasaan gementar tu memang ada kerana tidak pernah menjadi penyampai radio sebelum ini namun ia tidak boleh dilepaskan begitu sahaja," ujarnya.

Tambah Shahrol, peluang itu sebenarnya dapat membantu menaikkan lagi populariti mereka di kalangan peminat walaupun baru bergelar anak seni.

Dia juga banyak mendengar program Riuh Pagi Era sebagai panduan dan rujukan dalam memastikan kemunculannya menerusi segmen itu nanti akan lebih bersahaja dan santai.

Kata Shahrol, dia mendapat pelbagai tip daripada Johan selaku penyampai segmen itu dan menyifatkan pelawak berkenaan tidak kedekut ilmu.

"Johan sangat pemurah dengan idea dan ilmu kerana banyak memberi tunjuk ajar dan tip untuk kemunculan kami nanti. Peluang bekerjasama dengannya juga dalam “Super Spontan” telah banyak memberi pengalaman kepada orang baru seperti saya," katanya.

Dalam masa yang sama Shahrol juga banyak menonton video di Youtube terutamanya untuk melihat aksi Allahyarham Din Beramboi yang sangat disanjung sebagai pelawak.

Shahrol memberitahu, kesempatan menimba ilmu daripada Allahyarham semasa menghadiri uji bakat Raja Lawak pada musim ketiga masih dipegang dan akan digunakan semasa bertugas di Era nanti.

"Allahyarham adalah sumber inspirasi saya semasa mula-mula ingin menyertai dunia lawak dan kesempatan menimba ilmu dengannya sebelum ini akan digunakan sebaik mungkin pada kemunculan saya dan Haniffi nanti," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan