Shafie Apdal Nafi Beri RM1.5 Juta Kepada Zahida Rafik

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shafie Apdal
Shafie Apdal

PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal pada Isnin tampil menafikan dakwaan bahawa beliau memberikan wang berjumlah RM1.5 juta kepada aktres Zahida Mohamed Rafik.

Malah menurut Shafie, laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman Azemi mengaitkan beliau sebagai orang yang bertanggungjawab melantiknya sebagai pemandu peribadi Zahida sejak 2009 adalah tidak benar.

"Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman Azemi yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik.

"Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Isnin.

Selain itu Shafie yang juga Naib Presiden Umno turut menyifatkan penyebaran laporan polis berkenaan oleh pihak-pihak tertentu sebagai tindakan berniat jahat.

"Kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," katanya.

Tambah Shafie, beliau sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya berhubung isu berkenaan.

"Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.

Laporan polis itu sebelum ini didedahkan oleh Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin kepada pihak media di Parlimen.

Berdasarkan laporan polis bertarikh 13 Mac tahun ini, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Zahida bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang berhubung isu berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan