Anas (Mentor 6) Dikatakan Seiras Dengan Giring (Nidji)

Diterbitkan: Jumaat, 20 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anas. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL
Anas. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL

KUALA LUMPUR: Peserta Mentor musim keenam (Mentor 6), Anas Ridzuan atau Anas terkejut apabila wajahnya dikatakan sama seperti vokalis kumpulan Nidji dari Indonesia iaitu Giring.

Protege kepada Faizal Tahir itu berkata, hal tersebut membuatkan dirinya berasa janggal dan sukar memberi sebarang reaksi apabila diberitahu tentang persamaan wajahnya itu.

"Saya pun tak tahu nak cakap macam mana apabila orang berkata demikian, rasa pelik dan terkejut pun ada.

"Walaupun ramai yang bercakap wajah saya dan Giring seiras, pada pendapat saya, kami tidak ada persamaan langsung," katanya.

Tambah Anas, dia merasakan persamaan itu sering diperkatakan mungkin kerana dia dan Giring memiliki gaya rambut kerinting yang sama namun berharap agar nyanyiannya tidak disamakan dengan penyanyi itu.

"Tak kisahlah wajah saya ingin disamakan dengan sesiapa pun, asalkan nyanyian saya tidak disamakan juga.

"Ini kerana saya mahu tonjolkan bakat nyanyian yang tersendiri dan tak mahulah jika popular kerana memiliki wajah iras dengan penyanyi lain," ujarnya.

Sementara itu, mengenai persiapan Anas untuk persembahannya dalam Mentor 6 pada minggu hadapan, dia dan mentornya masih lagi mencari lagu-lagu yang sesuai untuk dinyanyikan.

Cuma, anak kelahiran negeri Perak yang mendapat markah keseluruhan tertinggi selama dua minggu berturut-turut pada persembahan konsert yang lalu itu bimbang sekiranya para peminat mengharapkan persembahan yang lebih bagus berbanding sebelumnya.

"Walaupun mendapat markah yang paling tinggi antara peserta-peserta lain, ia bukanlah satu tiket untuk saya bersenang-lenang.

"Sebaliknya ia membuatkan saya lebih takut jika tidak dapat mencapai tahap yang bagus seperti yang diinginkan peminat dan juri," tuturnya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan