Pengarah 'Hoore! Hoore!' Tidak Kisah Dituduh Tumpang Nama Sudirman

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saw Teong Hin tidak kisah filem Hoore! Hoore! menumpang populariti Allahyarham Datuk Sudirman. - Foto oleh NORAFIFI EHSAN
Saw Teong Hin tidak kisah filem Hoore! Hoore! menumpang populariti Allahyarham Datuk Sudirman. - Foto oleh NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Pengarah filem muzikal Hoore! Hoore! Saw Teong Hin mengakui tidak kisah jika dituduh menumpang populariti Allahyarham Datuk Sudirman Arshad demi melariskan filem itu.

Teong Hin berkata impak dan legasi yang ditinggalkan penghibur nombor satu Asia itu sememangnya tiada tandingan dan melangkaui semua kaum di negara ini.

"Saya tidak kisah jika orang cakap filem ini menumpang populariti Allahyarham kerana memang sudah terbukti impak dan legasi yang ditinggalkannya sangat besar.

"Bagi saya ia satu kelebihan kerana filem ini memang dihasilkan sebagai penghargaan buat Allahyarham," katanya ketika ditemui mStar Online di Red Box Gardens, di sini, petang Selasa.

Ditanya mengenai keyakinannya terhadap kemampuan barisan pelakon muda untuk menarik penonton, dia berharap masyarakat akan bersikap terbuka dan memberikan peluang kepada filem itu.

"Saya harap masyarakat tanpa mengira kaum akan bersikap terbuka dan memberikan peluang kepada filem ini. Ia mungkin genre yang baru bagi industri filem kita.

"Legasi Allahyarham menerusi 12 lagunya dipaparkan dalam filem ini. Ia adalah pendedahan yang baik khususnya kepada generasi muda yang mungkin kurang mengenali karya Allahyarham," katanya.

Filem terbitan Astro Shaw dan Real Films Sdn Bhd itu antaranya dibintangi Akim, Farah Nazirah, Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Sahronizam Noor dan Fauziah Nawi.

Ia bakal ditayangkan pada 24 Mei depan bagi memperingati sehari sebelum ulang tahun kelahiran Allahyarham pada 25 Mei 1954.

Bersempena dengan kemunculan filem ini juga, Astro Shaw dengan kerjasama pusat karaoke terkenal Red Box bakal mengadakan Pertandingan Karaoke Hoore! Hoore! di tiga lokasi berasingan bermula 13 Mei depan.

Ia akan diadakan di Green Box Seremban 2 pada 13 Mei, Green Box Bukit Tinggi Klang (20 Mei) dan Red Box Ria Sogo (27 Mei).

Untuk maklumat lanjut, layari movies.mylaunchpad.com.my.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan