Simon Cowell: Pertunangan Dengan Mezhgan Satu Kesilapan Besar

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Simon Cowell (kanan) bersama Mezhgan Hussainy hadir pada satu majlis hiburan di New York dua tahun lalu.
Simon Cowell (kanan) bersama Mezhgan Hussainy hadir pada satu majlis hiburan di New York dua tahun lalu.

BEKAS pengkritik American Idol dan kini penerbit program realiti X Factor, Simon Cowell memberitahu kawan-kawan rapatnya bahawa pertunangannya dengan Mezhgan Hussainy adalah satu kesilapan besar. Mezhgan, seorang berketurunan Afghan, adalah bekas jurusolek American Idol. Mereka bertunang pada Februari 2010.

Simon, 52, juga mengesahkan yang dia dan Mezhgan, 39, kini telah berpisah selepas bergaduh besar tetapi pada masa yang sama membuat pengakuan bahawa sebagai menghargai hubungan mereka, dia telah menghadiahkan Mezhgan rumah agamnya yang berharga $£5 juta (RM24 juta)

“Saya adalah teman lelaki yang tidak guna... tetapi saya tidak akan mengabaikan keperluannya,” kata Simon lagi sepertimana yang dipetik oleh akhbar tabloid popular Britain, The Sun pada Selasa.

Bagaimanapun Simon dilaporkan sebagai berkata bahawa dia tidak langsung menyalahkan bekas tunangnya itu mengenai perpisahan mereka.

Ini kerana sikapnya yang enggan memberi komitmen dalam hubungan akan mencetuskan rasa gelisah pada mana-mana wanita.

Akhbar itu memetik rakan-rakannya sebagai berkata bahawa Simon juga mudah tertarik kepada wanita yang bersikap kegila-gilaan dan mempunyai tabiat suka membuat wanita yang rapat dengannya menjadi tak ketahuan.

Mereka juga memberitahu bahawa Simon adalah seorang yang mudah tertarik kepada personaliti yang sukar dikawal yang akhirnya membawa kepada masalah dan pergaduhan dalam hubungan mereka.

“Simon memiliki tabiat yang sangat pelik dan ini membawa masalah kepadanya,” kata mereka.

Keretakan hubungan antara Simon dan Mezhgan bermula apabila Simon meniduri seorang lagi pengkritik X Factor iaitu Dannii Minogue, 40.

Dia juga didedahkan cuba mengurat seorang lagi penyanyi popular, Natalie Imbruglia, 37, dan sangat obses dengan Cheryl Cole, 28, apabila artis itu menyertai rancangan X Factor.

Menurut akhbar The Sun lagi, menjelang April 2010, dua bulan selepas pertunangan mereka, ibu Simon iaitu Julie tiba di Los Angeles dari London untuk melawat anaknya dan dapat melihat sikap sebenar Mezhgan terhadap Simon apabila suatu malam Simon pulang lewat daripada set penggambaran American Idol.

Julie dikatakan telah menasihati Mezhgan supaya tidak mengamuk dan membebel terhadap Simon.

Tetapi sebaik sahaja Simon pulang, Mezhgan mengamuk dan membebel tanpa mempedulikan nasihat bakal ibu mertuanya itu.

Simon yang bengang dengan situasi itu telah keluar ke laman rumah menghisap rokok tetapi Mezhgan terus menerus membebel terhadap Simon ke tahap yang di luar kawalan.

Julie yang menyaksikan peristiwa itu sedar yang anaknya itu bukanlah seorang yang boleh dan suka dikawal sama sekali.

“Suasana tegang itu sangat dahsyat dan cara serta tingkah laku Mezhgan membuatkan perut saya senak sepanjang masa,” kata ibu Simon.

Dan apabila mereka duduk untuk makan malam, telefon bimbit Simon berdering lagi dan Mezhgan terus bertanya dalam nada yang sangat tinggi; “Siapa lagi yang telefon tu? Siapa yang awak mesej pula sekarang...”

Selepas itu, mereka terus bertekak dan Mezhgan menjerit lalu berlari naik ke atas serta menghempas pintu biliknya dengan kuat.

Terkejut dengan insiden itu, ibu Simon terus berkata kepadanya; “Sayang, ibu terkejut melihat perangai dan sikap Mezhgan.” Dan Simon memberitahu ibunya, “Pedulikan dia, kita habiskan makan malam ini tanpa dia.”

Julie kemudian berkata kepada Simon “Ada sesuatu yang tidak kena di sini Simon... ibu langsung tidak gembira dengan situasi ini.”

Pada saat itu Simon membuat pengakuan yang hubungan mereka kini sedang bermasalah.

Dia kemudiannya berlepas ke London tanpa Mezhgan dan terus memberitahu kawan-kawan rapat: “Saya telah melakukan satu kesilapan besar...”

Ketika di Los Angeles, kawan-kawannya telah pun menyedari bahawa Simon terperangkap dalam situasi yang mana dia hendak keluar daripada hubungan itu tetapi tidak tahu bagaimana caranya.

“Simon berkehendakkan satu perhubungan yang tidak kusut dan rumit tetapi dia telah dirumitkan oleh seorang wanita yang tidak tahu bagaimana hendak bertolak ansur. Ia menjadi satu bebanan kepada Simon,” kata mereka.

Selepas kembali semula ke Los Angeles dari London, Simon telah berpindah keluar dari rumahnya dan duduk di hotel untuk memberi masa memikirkan langkah seterusnya.

Tidak lama selepas itu Simon membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka.

Ramai yang berkata, Mezhgan gagal memahami tekanan yang dihadapi oleh Simon sebagai seorang penerbit rancangan realiti. Malah dia tidak langsung menunjukkan sikap simpati ke atas Simon.

Bagaimanapun Simon tidak langsung menyalahkan bekas tunangannya itu secara terbuka ketika berbicara dengan pihak media.

Sebaliknya dia menyalahkan dirinya sebagai seorang teman lelaki yang tidak guna malah menambah; “Apabila kita membuat janji dengan seseorang, kita wajib menanggung bebanan akibat daripada janji kita itu.”

Oleh itu, Simon berkata yang dia akan terus menampung keperluan material Mezhgan termasuklah menghadiahkan rumah yang pernah diduduki oleh mereka sebelum ini di Cole Place, Beverly Hills.

Simon dikatakan ingin mengekalkan hubungan persahabatan dengan Mezhgan sebagaimana dia mengekalkan persahabatan dengan kesemua bekas kekasihnya sebelum ini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan