Nikolaj Coaster-Waldau Tidak Letih Kerana Watak Jahat

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nikolaj Coster-Waldau.
Nikolaj Coster-Waldau.

PETALING JAYA: Pelakon Game of Thrones iaitu Nikolaj Coaster-Waldau (NCW), tidak pernah berasa letih melakonkan watak jahat sejak penglibatannya selama 20 tahun dalam dunia lakonan.

NCW berkata, dalam 40 buah filem dan drama televisyen yang disertai, dia berjaya membawa semua watak dengan baik sehingga menjadi ingatan para peminat.

“Tentu sahaja sesuatu watak yang berjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup saya. Dan yang paling saya kenang ialah Game of Thrones di mana saya adalah penjahatnya,” katanya kepada mStar Online menerusi temu bual yang dirakamkan oleh HBO.

NCW yang memegang peranan sebagai Jamie Lannister berkata, perkara lucu ketika melakukan penggambaran filem tersebut apabila dia melihat dirinya berpakaian perisai buat kali pertama yang kelihatan seperti Putera Charming dalam Shrek.

Selain itu tambahnya, sesuatu yang luar biasa apabila beliau mendapati kejayaan Game of Thrones pada peringkat antarabangsa menjadikan filem itu kelihatan hebat.

“Mengenai kehidupan saya, saya tidak merasakan hidup saya berubah dengan kejayaan filem itu tetapi saya percaya kisahnya yang mempesonakan mampu membuatkan orang ramai menjadi teruja,” kata pelakon itu lagi.

Kekuatan siri fantasi terkemuka ini dapat dilihat apabila ia memenangi anugerah Emmy dan Golden Globe pada tahun lalu.

Berdasarkan siri buku fantasi paling laris oleh George R.R. Martin, Game of Thrones, sebuah drama epik mengisahkan Iron Throne yang muda dan kejam, dinasihati oleh ibunya, Cersei Lannister untuk menjadi pembelot.

Selain NCW, barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah Michelle Fairley, Lena Headey, Emilia Clarke dan Aidan Gillen.

Ia akan menemui penonton pada Sabtu ini (21 April 2012) pada pukul 9 malam menerusi saluran HBO (Astro saluran 411).

Untuk menyaksikan temu bual khas dengan Nikolaj Coaster-Waldau, pembaca boleh klik pautan berikut: http://www.hbo.com/game-of-thrones/index.html#/game-of-thrones/cast-and-crew/jaime-lannister/index.html

Berikut ini disiarkan juga sesi wawancara yang disedaikan oleh pihak HBO bersama Nikolaj Coster-Waldau.

Adakah sesiapa memberitahu anda bahawa anda kelihatan sama sekali seperti Putera Charming dalam Shrek?

NCW: Perkara yang melucukan mengenai kisah Putera Charming ini ialah saya mungkin adalah orang pertama yang mengatakannya kami seperti masih dalam penggambaran episod pertama.

Apabila saya melihat diri saya berpakaian perisai buat kali pertama, saya berkata watak itu kelihatan seperti Putera Charming dari Shrek. Saya pernah mendengar bandingan ini dan ia memang benar.

Apa agaknya perubahan yang anda hadapi dalam hidup anda selari dengan populariti Game of Thrones di peringkat antarabangsa sekarang? Apakah yang menjadi kunci kejayaan Game of Thrones pada pendapat anda?

NCW: Pertama sekali, saya tidak fikir hidup saya berubah selepas Game of Thrones. Dan pada pendapat saya, siri ini berjaya kerana penonton berpendapat bahawa ia satu siri yang hebat. Saya rasa kisahnya mempesonakan dan sangat teruja untuk ditonton.

Jika anda terperangkap dalam dunia Game of Thrones, apakah gajet teknologi tinggi yang ingin anda bawa bersama?

NCW: Saya rasa saya akan bawa tisu tandas.

Tanpa memberi terlalu banyak maklumat, apa agaknya yang boleh diharap oleh penonton daripada watak anda untuk musim kedua ini?

NCW: Saya tidak boleh memberitahu apa-apa tentang musim kedua. Tetapi ada satu adegan yang kami rakam yang mana mungkin antara adegan yang paling saya minati dalam tugas ini. Jadi episod ketujuh ialah episod kegemaran saya.

Bakat dan kepelbagaian anda memberikan peluang yang banyak untuk memainkan watak-watak yang berbeza. Namun, pada kebanyakkan masa, anda membawa watak antagonis. Tidakkah anda penat membawa watak jahat

NCW: Tidak! Saya sudah melakukannya selama hampir 20 tahun. Saya telah berlakon dalam 40 filem serta program televisyen dan saya telah membawa semua jenis watak. Tentu sekali watak yang akan kekal diingati ialah watak yang berjaya, dan sekarang ia adalah Game of Thrones, di mana saya dianggap penjahatnya.

Tetapi saya suka melakonkan watak Jamie Lannister. Ia adalah satu watak yang ditulis dengan sempurna. Saya tidak mengasingkan ia kepada watak orang baik atau orang jahat, ia lebih daripada itu, ia mengenai penulisan skrip.

Adakah anda merasakan Jamie mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi pemerintah Westeros?

NCW: Saya rasa itu bukan kemahuannya. Saya rasa dia tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi pemerintah Westeros. Saya rasa itu juga antara sebab mengapa dia boleh menjadi seorang Raja yang baik. Namun saya tidak dapat bayangkan dirinya memegang takhta.

Bagaimana penggambaran di luar Denmark berbanding dengan sistem yang seumpama menggabungkan Eropah dan Amerika Syarikat?

NCW: Saya fikir ia adalah sama. Saya rasa perbezaannya adalah skala pengeluaran. Tentu sekali Game Of Thrones merupakan satu persembahan yang besar. Itulah perbezaan terbesarnya.

Apakah pandangan peribadi anda terhadap perkara paling keji yang dilakukan oleh watak ini demi cinta?

NCW: Saya rasa ia sememangnya demi cinta. Saya benar-benar sukakan Jamie Lannister. Dan saya fikir jika orang tahu kebenaran mengenai dirinya dan mengapa dia menjadi ‘Kingslayer’, mereka akan mengubah pendapat mereka terhadapnya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan