Jessie J Diawasi Doktor Akibat Strok

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jessie J
Jessie J

PRESTASI Jessie J ternyata luar biasa namun tidak ramai yang tahu bahawa penyanyi itu mempunyai masalah kesihatan yang sangat serius dan sehingga kini dia di bawah pengawasan doktor.

Menurut laporan Dailymail, Jessie mempunyai masalah penyakit strok sejak berusia 18 tahun lagi dan tahap kesihatannya tidak pernah normal seperti orang lain.

"Jessie mempunyai masalah kesihatan yang agak teruk sejak dulu dan perlu mendapat pengawasan doktor secara kerap.

"Memang dia tampak begitu aktif apabila mengadakan persembahan nyanyian, tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang penyakitnya itu," kata sumber.

Tambah sumber itu lagi, Jessie turut berada di bawah pengawasan doktor walaupun sibuk dengan konsert jelajah mempromosikan albumnya itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan