Avril Lavigne Lupakan Muzik Dengan Memasak

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Avril Lavigne
Avril Lavigne

SEJAK dahulu lagi muzik merupakan satu kehidupan dalam jiwa penyanyi Avril Lavigne dan ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilupakan.

Bagaimanapun ada satu cara yang boleh membuatkan dirinya lupa tentang muziknya itu iaitu memasak.

Bekas isteri vokalis Sum 41, Deryck Whibley ini mengakui dia sangat mencintai bidang masakan malah gemar memasak pelbagai jenis makanan untuk dihidangkan kepada teman-temannya.

"Saya akan memasak sebanyak yang mungkin. Kalau berada di rumah, saya akan memasak dan apabila sibuk untuk konsert jelajah, saya masih lagi memasak untuk ahli-ahli kumpulan dalam bas.

"Ia membuatkan saya berasa bahagia, lebih-lebih lagi apabila ia dapat dihidangkan kepada teman-teman dan mendengar komen mereka," katanya kepada Female First.

Selain itu, penyanyi berusia 27 tahun itu juga gemar melukis abstrak dan menghiasinya di rumah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan