Hubungan Kim Kardashian & Kanye West Tidak Direstui

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BELUM ada lagi pengesahan mengenai hubungan cinta Kim Kardashian dan Kanye West, kedua-dua mereka sudah pun mempunyai masalah besar dimana ayah tiri Kim, Bruce, tidak merestua hubungan mereka.

Menurut laporan Bang ShowBiz, ayah tiri Kim sebenarnya berharap agar anak perempuannya itu dapat melupakan kenangan pahit yang dilalui gara-gara penceraiannya dengan Kris Humpries.

Namun dia seperti kurang senang apabila berbicara mengenai teman lelaki baru Kim itu.

"Saya tak senang hati mendengar tentang hubungan itu, tapi kita lihat sahaja nanti.

"Saya dan Kimsudah bercakap mengenainya dan potensi hubungan mereka," katanya.

Berbeza pula dengan pendapat ibu Kim, Kris Jenner, dia sangat menyokong dengan perhubungan mereka, malah mengharapkan Kanye dapat menjadi menantunya pada masa akan datang nanti.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan