ALBUM BARU: 'Zamani Terbaik' Ubati Rindu Para Peminat

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALBUM: Zamani Terbaik

ARTIS: Zamani

EDARAN: Sony Music Entertainment

SEPERTI yang diketahui ramai, Zamani tidak pernah gagal dalam muziknya dan sering menjadi perhatian setiap kali muncul dengan lagu-lagu baru.

Buat para peminat yang merindui penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini, ia pasti dapat diubati dengan kehadiran album kompilasi terbaru terbitan Sony Music Entertainment yang berjudul Zamani Terbaik.

Menarik tentang album ini, ia merupakan kompilasi yang mengumpulkan lagu-lagu popular Zamani dan kumpulannya, Slam, yang mula popular sejak tahun 1990-an itu.

Sebanyak 16 buah lagu dimuatkan, semestinya lagu seperti Syair Si Pari-Pari, Terima Kasih, Kurnia dan Andai Gerimis Tiada Pasti menjadi pilihan buat para peminat setianya.

Zamani turut merakamkan lagu-lagu popular penyanyi lain seperti Jangan Kau Rayu, nyanyian Rahim Maarof dan Namun Ku Punya Hati oleh Revolvers.

Ternyata walaupun Zamani semakin kurang aktif dalam industri seni muzik, lagu-lagu lamanya masih lagi menjadi ingatan dan kerana itu pihak Sony yakin album kompilasi ini mampu laris dijual.

Suara lunak Zamani yang masih kekal nadanya sejak dahulu lagi boleh dikatakan masih lagi sesuai untuk didengar pada masa kini.

Malah saya percaya, ada juga generasi muda yang meminati penyanyi yang kerap membawakan lagu-lagu berentak balada dan pop rock ini.

Apa-apapun, saya agak tertarik dengan lagu Jangan Kau Rayu dan Namun Ku Punya Hati, nyanyian Zamani yang tersendiri mampu membuai jiwa pendengar.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah, Tak Kenapa, Biarkan ia Pergi, Bila Matamu Berkaca, Semanis Mungkin, Seribu Mimpi, Gejolak Rindu, Kala Hujan, Malam Seribu Gelisah, Dari Mata Hati dan Nista.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan