Robin Gibb (Bee Gees) Koma Akibat Kanser

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robin Gibb
Robin Gibb

LONDON: Anggota kumpulan Bee Gees, Robin Gibb yang kini berada dalam keadaan koma akibat kanser pada peringkat terakhir.

Difahamkan, ahli keluarga bintang berusia 62 tahun itu sudah mula berkumpul dan berdoa agar penyanyi itu akan dapat bertahan selama mungkin.

Menurut laporan The Sun, Gibb berjaya pulih daripada penyakit kanser usus dan hati pada tahun lalu tetapi para doktor yang merawatnya percaya bahawa terdapat ketumbuhan kedua pula pada ususnya.

Dia juga kini dilaporkan mula menghidap penyakit radang paru-paru.

Isteri kepada penyanyi itu Dwina, abangnya Barry, 65, anak perempuan Melissa, 37 serta dua anak lelakinya Spencer, 39 dan Robin-John, 29 kini berkumpul di keliling katil penyanyi itu di sebuah hospital swasta di Chelsea, barat London.

“Kami mendoakan kesejahteraan Robin kerana dia sentiasa bersikap positif dan percaya dapat mengatasi penyakit itu.

“Malangnya, dia kini mula menghidap radang paru-paru pula dan ia memburukkan lagi keadaan,” kata salah seorang rakan keluarga itu seperti dipetik Daily Mail.

Gibb mendedahkan dia menderitai penyakit itu pada Oktober 2010. Dia pernah menjalani pembedahan bagi merawat masalah usus yang tersumbat dan sebuah lagi pembedahan kerana masalah usus berpintal.

Sejak itu, dia mula didiagnosis dengan kanser usus yang kemudiannya merebak ke bahagian hati.

Saudara kembarnya, Maurice meninggal dunia kerana masalah usus berpintal pada 2003 pada usia 53 tahun.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan