Rabbani Tidak Kecewa Kurang Menyerlah Pada Anugerah Nasyeed.com

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Rabbani pada malam Anugerah Nasyeed.com.
Aksi Rabbani pada malam Anugerah Nasyeed.com.

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan nasyid Rabbani, Azadan Abdul Aziz (Azadan) menganggap kejayaan kumpulan-kumpulan nasyid muda yang mendominasi malam Anugerah Nasyeed.com sebagai perkembangan yang sihat terhadap genre muzik itu di negara ini.

Azadan berkata, walaupun mereka sering mendominasi kebanyakan majlis-majlis anugerah sebelum ini, kemenangan bagi kategori Nasyeed Perjuangan dan Vokal Terbaik bagi lagu Inikah Petanda (menampilkan Mawi) dan anugerah Juara Carta menerusi lagu Bebas Palestin (bersama Inteam, Saujana dan Nowseeheart) adalah memadai dan membanggakan.

“Kami tidak kecewa atau terkilan kerana kami masih menang tiga kategori. Ia adalah ruang terbaik untuk kami renungkan sebarang kekurangan dalam hasil kerja kami.

“Kejayaan majoriti kumpulan nasyid yang lebih baru dan muda membuktikan irama ini semakin berkembang, di mana setiap kumpulan mempunyai peluang cerah untuk menang,” katanya ketika ditemui selepas malam anugerah itu di Dewan Muktamar, Pusat Islam, di sini.

Malam Anugerah Nasyeed.com yang julung kali dianjurkan itu mempertandingkan 11 kategori yang memartabatkan para penggiat nasyid tanah air.

Pada malam itu, lagu Bebas Palestin nyanyian Rabbani, Inteam, Saujana dan Nowseeheart dipilih sebagai Juara Carta Nasyeed.com bagi tahun ini.

Lagu Dia Muhammad nyanyian Inteam pula dinobat pemenang kategori Lagu Terbaik. Kumpulan itu turut merangkul trofi Susunan Muzik Terbaik menerusi lagu tersebut.

Satu lagi kategori utama yang dinilai oleh juri iaitu Lirik Terbaik pula memihak kepada lagu Menanti Di Barzakh nyanyian kumpulan Far East.

Kategori-kategori lain yang dinilaikan berdasarkan undian peminat di laman Facebook Nasyeed.com didominasi oleh kumpulan-kumpulan nasyid muda.

Anugerah Khalifah Nasyeed yang memartabatkan sumbangan penggiat nasyid diberikan kepada penulis lirik nasyid, Sahibul Fadhil Sabikin.

Malam anugerah itu diwarnai dengan persembahan daripada Akhil Hayy, kumpulan Algebra, Al Farabi Band, Hijjaz dan Rabbani.

Tirai acara dibuka oleh persembahan selawat medley oleh Du’a, Mestica dan Wildan, sementara lagenda nasyid tanah air Raihan melabuhkan tirai dengan rangkaian lagu popular mereka seperti Puji-Pujian, Allahu, Thank You Allah dan Cing Ai Ching Ai.

Acara yang berlangsung dalam suasana ringkas tetapi gemilang itu diacarakan oleh Jeff Hazimin dan Irma Hasmie.

Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad, yang mewakili Menteri Pertahanan selaku penaung Nasyeed.com, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia dianjurkan oleh Nasyeed.com dengan kerjasama Chevrolet, Yayasan Bina Insan Malaysia (YBIM) dan Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid).

Stesen TVAlHijrah bertindak sebagai penyiar rasmi.

Senarai penuh pemenang setiap kategori:

Anugerah Nasyeed Cinta: Saat Lafaz Sakinah (Far East)

Anugerah Nasyeed Perjuangan: Bebas Palestin (Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart)

Anugerah Nasyeed Sirah: Sumaiyah (Hijjaz)

Anugerah Nasyeed Amar: Berjalan Tanpa Henti (Devotees)

Anugerah Nasyeed Munajat: Menanti di Barzakh (Far East)

Anugerah Nasyeed Selawat: Binnabil Huda (Unic)

Anugerah Susunan Muzik Terbaik: Dia Muhammad (Inteam) - Penggubah: Along Exist

Anugerah Video Muzik Terbaik: Pedoman (Nora menampilkan Voices of Ummi) - Pengarah: Erama Creative Sdn Bhd

Anugerah Vokal Terbaik: Rabbani menampilkan Mawi - (Inikah Petanda)

Anugerah Lirik Terbaik: Menanti Di Barzakh (Far East) - Penulis lirik Ito Lara

Anugerah Lagu Terbaik: Dia Muhammad (Inteam) - Komposer & Penulis lirik: Frizdan

Anugerah Khalifah Nasyeed.com: Sahibul Fadhil Sabikin

Anugerah Juara Carta 2012: Bebas Palestin (Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart)

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan