T.R.I.A.D. & Ahmad Dhani Buat Persembahan Di Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pihak penganjur mengangarkan lebih 500 peminat akan menghadiri konsert pertama T.R.I.A.D di Kuala Lumpur Sabtu ini.
Pihak penganjur mengangarkan lebih 500 peminat akan menghadiri konsert pertama T.R.I.A.D di Kuala Lumpur Sabtu ini.

KUALA LUMPUR: Kumpulan T.R.I.A.D yang menampilkan Ahmad Dhani bakal mengadakan persembahan sulung mereka di Kuala Lumpur pada 15 April ini.

Ia akan diadakan di Sixty3, Hotel Sheraton Imperial pada pukul 9 malam.

T.R.I.A.D. yang dahulunya dikenali sebagai The Rock adalah projek terbaru penyanyi dan komposer terkenal Indonesia itu yang telah pun muncul dengan album pertama pada tahun 2012 dan popular menerusi lagu popular, Selir Hati.

Dibawa oleh Warner Music Malaysia dengan kerjasama Clockwork Events, persembahan yang diberi nama Ahmad Dhani & T.R.I.A.D. - Showcase itu bakal menyaksikan 11 buah lagu yang akan dipersembahkan secara live seperti Pasrah, Sedang Mikirin Kamu, Mama dan Benar Salah Dia Idolaku.

Mampu memuatkan hampir 500 penonton, persembahan itu nanti turut diserikan dengan penampilan istimewa daripada Tashya's Ink sebagai pembuka tirai.

Tashya's Ink bakal mendendangkan enam buah lagu kepada para penonton pada malam itu nanti.

Dalam pada itu, T.R.I.A.D. bakal melancarkan album pertama mereka sehari selepas konsert itu berlangsung untuk para peminat mereka di tempat sama.

Peminat yang ingin menyaksikan persembahan berkenaan boleh mendapatkan tiket dengan menghubungi talian 03-2720 2663.

Tiket dijual pada harga RM50 dan sebanyak RM3 bagi setiap pembelian tiket akan didermakan kepada Pertubuhan Kanser Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan