Penelope Cruz Mahu Berlakon Tidak Lebih Dua Filem Setahun

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penelope Cruz
Penelope Cruz

LONDON: Sejak melahirkan anak pertama, Leo, pada Januari lalu, pelakon jelita Penelope Cruz kini sudah berubah dengan memberi keutamaan kepada anaknya itu berbanding kerjaya sendiri.

Bintang filem Vicky Christina Barcelona itu nekad untuk mengambi tidak lebih daripada dua tawaran berlakon.

"Mungkin saya akan berlakon satu atau dua filem setahun, tetapi tidak lebih daripada itu kerana saya mempunyai keutamaan lain sekarang, iaitu anak sulung saya," katanya kepada Harper's Bazaar.

Isteri kepada aktor Javier Bardem itu sedang sibuk dengan penggambaran filem komedi romantik terbarunya, To Rome With Love, yang diarahkan oleh Woody Allen.

Selain itu, pelakon berusia 37 tahun itu akan muncul menerusi drama Venuto al Mondo dan mengakui kesibukannya dalam dua projek ini juga menyukarkan dirinya untuk menghabiskan masa dengan Leo.

Dalam pada itu, Cruz berkata dia dan suaminya sering berulang-alik dari Madrid, Sepanyol ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) kerana mempunyai kerja-kerja penggambaran yang perlu dilaksanakan.

"Diakui, terlalu banyak memori yang terdapat di Los Angeles (LA). Saya mempunyai kenangan yang indah di samping kerja-kerja yang sering dilaksanakan.

"Tetapi, saya tidak mahu menetap di LA kerana ia bukanlah tempat yang saya ingin anak-anak membesar. Biarlah mereka melalui kehidupan di negara kelahiran saya," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan