David Beckham Model Lelaki Pertama Majalah Elle

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David Beckham.
David Beckham.

BERISTERIKAN seorang yang bergaya ternyata memberi pengaruh besar kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham.

Selepas isterinya, Victoria Beckham berhasil mendominasi sebahagian besar majalah wanita, kini gilirannya pula untuk menjadi model majalah ternama.

Beckham dilaporkan telah menerima pelawaan daripada pihak majalah Elle sebagai penghias muka depan sekali gus menjadikan dirinya model lelaki pertama yang muncul sebagai penghias cover depan majalah itu.

Majalah Elle sebelum ini pernah menggunakan model lelaki secara solo sebagai cover mereka dan Beckham berjaya memecah tradisi itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan