Justin Bieber Ingin Jadi Angkasawan

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Justin Bieber.
Justin Bieber.

KEHEBATAN yang dimiliki oleh penyanyi Justin Bieber saat ini tentunya menjadi impian setiap remaja yang sebaya dengannya.

Muda, kaya dan terkenal adalah simbol yang dikejar semua orang.

Justin yang baru menjangkau usia 18 tahun memberitahu ingin menjadi angkasawan dan menjelajah ke luar angkasa bersama NASA.

Keinginan itu timbul apabila melihat pelakon Ashton Kutcher yang sebelum ini mendapat undangan untuk menjelajah ke luar angkasa dan dia ingin merasai pengalaman sama.

"Mungkin saya bakal menjadi angkasawan kerana teringin untuk melihat apa yang ada di luar angkasa dan sanggup berhabis wang untuk merealisasikan impian itu," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan