Adele Pemuzik Muda Terkaya Peroleh RM96 juta

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adele
Adele

PENYANYI Adele atau nama sebenarnya Adele Laurie Blue Adkins merupakan pemuzik muda terkaya di Britain apabila dia mempunyai pendapatan sebanyak RM96 juta (£20 juta) sejak kejayaan jualan album keduanya, 21.

Adele, 23, yang popular dengan lagu Chasing Pavement, sebelum Rolling In The Deep menjadi hit, meninggalkan pesaingnya, Cheryl Cole, Leona Lewis, Katie Melua dan Joss Stone yang mendapat kedudukan bawah 30 pemuzik muda yang terkaya di negara tersebut.

Menurut jurucakap sebuah persatuan hiburan yang dikenali "Entertainment Retailers Association", Steve Redmond, Adele merupakan penyanyi yang sangat sukses.

Tidak ramai yang mendapat peluang kejayaan seperti mereka.

"Kemunculan seorang penyanyi seperti Adele akan hadir sekali dalam setiap 10 tahun. Dia memiliki kejayaan karier yang besar," katanya.

Bagaimanapun, aktor Harry Porter, Daniel Radcliffe, 22, merupakan individu terkaya di antara kesemua penggiat seni muda.

Daniel kini menjadi satu nilai yang besar apabila memperoleh RM259 juta (£54 juta) untuk membintangi filem The Women In Black.

Dalam pada itu, Keira Knightley, 27, pula merupakan model yang mendapat pendapatan tertinggi iaitu sebanyak RM288 juta (£60 juta).

Antara selebriti-selebriti yang menduduki carta terkaya di Britain pada tahun 2011 dan 2012 ialah:

PEMUZIK MUDA TERKAYA

1. Adele : RM96 juta (£20 juta)

2. Cheryl Cole : RM115 juta (£24 juta)

3. Leona Lewis : RM115 juta (£24 juta)

4. Katie Melua : RM115 juta (£24 juta)

5. Joss Stone : RM91 juta (£19 juta)

PELAKON MUDA TERKAYA

1. Daniel Radcliffe : RM489 juta (£102 juta)

2. Robert Pattinson : RM345 juta (£72 juta)

3. Keira Knightley : RM288 juta (£60 juta)

4. Kiera Chaplin : RM268 juta (£56 juta)

5. Emma Watson : RM240 juta (£50 juta)

MODEL TERKAYA

1. Keira Knightley : RM288 (£60 juta)

2. Kiera Chaplin : RM268 juta (£56 juta)

3. Emma watson : RM240 (£50 juta)

4. Natalia Vodianova : RM148 (£31 juta)

5. Coleen Rooney : RM120 juta (£25 juta)

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan