Aeril Zafril Senang Menyendiri Selepas Orang Tua Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aeril Zafrel. Foto SHAARI CHE MAT
Aeril Zafrel. Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Pelakon Aeril Zafrel, mengakui lebih senang menyendiri dan enggan terlalu bergaul dengan rakan-rakan seusia selepas kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia.

Aeril,24, berkata, hidupnya yang sering berdepan dengan kehilangan orang yang tersayang membuatkan dia menjadi semakin pendiam dan hanya berjumpa dengan rakan-rakan apabila perlu.

"Bayangkan, mula-mula, bapa angkat saya, penyanyi Khairel Khamis, meninggal dunia pada tahun 2009, kemudian bapa kandung pula pergi pada tahun 2010, diikuti pula dengan ibu pada tahun 2011.

"Kehilangan ketiga-tiga mereka sangat besar impaknya kerana ketika sakit, saya yang banyak menjaga mereka. Dan sejak itu, saya lebih senang menyendiri di rumah apabila tiada kerja lakonan yang perlu dibuat.

"Malah saya banyak menonton filem di rumah. Mungkin zaman untuk bersuka ria dah habis," ujarnya.

Bagaimanapun, tambah Aeril, walaupun suka menyendiri, ini tidak bermakna dia seorang yang antisosial, namun akan meluangkan masa bersama rakan-rakan andai kata terdapat apa-apa acara atau festival yang berlangsung.

Sementara itu, bercerita mengenai karier lakonannya, Aeril gembira kerana hasil kerjanya mula diberi perhatian baik daripada pihak penerbit mahupun peminat.

"Saya sangat bersyukur apabila hasil kerja lakonan saya seimbang dengan populariti yang diraih.

"Harap-harap saya dapat mengekalkan kedudukan seperti ini, dengan bantuan para peminat serta orang di sekeliling saya, Insya-Allah," katanya.

Dalam pada itu, Aeril turut mengakui dia mula berasa seronok kerana sudah mempunyai peminat dan berharap dia tidak akan lupa diri.

iklan

iklan

Produk Berkaitan

Iklan