Konsert Amal D’lloyd Di Johor 12 Mei Depan

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan dari negara seberang Indonesia yang popular pada tahun 1970-an, D’lloyd, akan mengadakan Konsert Amal Nostalgia 39 Tahun Bersama Kumpulan D’lloyd pada 12 Mei ini di Pusat Konvensyen Persada Johor, Johor Bahru.

Konsert amal yang dianjurkan oleh Suasana Event itu merupakan kemunculan D’lloyd kali ketiga selepas kejayaan mereka dalam sebuah persembahan di Istana Budaya pada tahun lalu.

Malah kemunculan kali ini untuk memberi penghargaan dan meraikan 39 tahun D’lloyd bersama para peminat di Malaysia dan Singapura. Dianggarkan seramai 2000 penonton akan memenuhi ruang dewan tersebut

Persembahan yang akan diadakan selama dua jam itu semestinya akan membariskan lagu-lagu popular D’lloyd seperti Cinta Hampa, Keluhan dan Rintihan, Oh Tak Mungkin, Oh Di Mana dan banyak lagi.

Ia akan membangkitkan memori dan nostalgia indah buat para peminat.

Selain itu, konsert ini juga dijadikan sebagai platform buat syarikat-syarikat korporat untuk menyalurkan sumbangan dan sebahagian daripada kutipan jualan tiket akan disalurkan kepada Majlis Wanita Johor (Mawar).

Dalam pada itu, itu, pihak penganjur turut mengaturkan beberapa aktiviti di sekitar Johor Bahru sebagai merancakkan lagi promosi tersebut.

Selain persembahan D’lloyd, para penonton juga akan dihiburkan oleh nyanyian daripada penyanyi muda, Quiara serta persembahan kebudayaan negeri Johor sebagai pembuka tirai.

Tiket konsert telah pun mula dijual menerusi tiket2u.biz dengan harga RM305, RM205 dan RM105 atau ia boleh didapati di DIVA Bistro (Taman Suria & Seri Alam), Alibaba Karaoke dan A & A Travel.

Pihak penganjur turut menyediakan ‘Tiket Perdana’ yang berharga RM505 khas buat peminat-peminat fanatik yang ingin mendapatkan barangan eksklusif D’lloyd.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan