Belum Bersedia, Shaheizy Sam Tak Jadi Mengarah

Diterbitkan: Ahad, 8 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam memberitahu perancangannya untuk mengarah sebuah filem di bawah syarikat produksinya sendiri, Kat & Kidz Tecnique terpaksa ditunda buat sementara waktu.

Sam berkata, ini kerana dia merasakan dirinya masih lagi belum bersedia lagi untuk mengarah filem selain menganggap dirinya masih lagi belum cukup ilmu lagi di bidang tersebut.

"Diakui, memang saya rasa takut dan tak yakin dengan diri sendiri untuk mengarah walaupun bidang pengarahan merupakan impian saya sejak dahulu lagi.

"Jadi, saya simpan dulu hasrat itu dan fokuskan diri dengan lakonan selain mempelajari selok belok bidang penerbitan dahulu," katanya.

Tambah Sam lagi, dia masih lagi tidak pasti tentang selera penonton yang sebenar dan enggan tersilap langkah andaikata ia tidak mendapat sambutan.

"Rasanya, saya perlu rapat dengan penonton dahulu untuk mengetahui apa yang ingin mereka tonton di dalam panggung nanti. Sehingga kini saya masih keliru dengan selera mereka.

"Biarlah saya kutip pengalaman dahulu dan betul-betul menyelami jiwa penonton sebelum mula mengarah," ujarnya.

Dalam pada itu Sam bersama dengan syarikat produksi kakaknya, Zizie Ezette iaitu BZ 2121 sedang bekerjasama menghasilkan skrip disamping menerbit beberapa drama bersama.

Sementara itu, ditanya mengenai debaran malam kemuncak acara berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) yang akan berlangsung malam ini di Arena Of Stars, Genting Highland, Sam yang tercalon bagi kategori Aktor Lelaki Popular tidak sabar mahu bersama-sama dengan para peminatnya.

"Soal menang atau kalah bukan isunya. yang penting saya bersama rakan-rakan artis dapat berkumpul menemui para peminat di satu dewan yang berprestij untuk meraikan kejayaan semua," ujarnya ringkas.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan