Super Spontan: Beruang Comel Menang, Ahli Angsa Ganas Disimpan Seminggu

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beruang Comel
Beruang Comel

KUALA LUMPUR: Persaingan minggu kedua Super Spontan berpihak kepada kumpulan Beruang Comel pula apabila mereka memperoleh 53 peratus undian berbanding Angsa Ganas dengan 47 peratus.

Kemenangan Beruang Comel itu sekaligus memaksa Angsa Ganas menyingkirkan salah seorang daripada ahli kumpulan mereka pada penghujung program.

Bagaimanapun, Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai berkata anggota yang bakal tersingkir tidak diumumkan pada malam itu dan hanya akan diketahui pada minggu ketiga bagi meningkatkan debaran.

"Keputusan untuk menyimpan peserta yang tersingkir selama seminggu adalah format yang dipersetujui antara Astro Warna dan Vision Works.

"Ia adalah kelainan yang dapat memberikan impak dramatik dan debaran kepada program dan penonton," katanya ketika ditemui selepas siaran langsung program tersebut di Kompleks Studio Merdeka, Finas, di sini, malam Jumaat.

Aksi minggu kedua menyaksikan kedua-dua kumpulan mencabar kemampuan spontan mereka dalam empat pusingan permainan iaitu Sketsa Ayat Penyata, Sketsa Berabjad, Ciptaan, Duduk, Bongkok, Berdiri dan Jamuan Teh Cik Rokiah & Cik Eton.

Super Spontan diacarakan oleh Adibah Noor dan turut dimeriahkan oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik sebagai pengulas. Amir (Raja Lawak ) pula bertindak sebagai pembantu mereka untuk berinteraksi dengan peserta dan penonton.

Wang kemenangan pasukan Beruang Comel sebanyak RM5,000 itu disalurkan kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim/Miskin Klang (Peryakin).

Proses pemarkahan berdasarkan 100 peratus undian penonton tetapi pemilihan pemenang mingguan dan penyingkiran berdasarkan kepada suara ahli kumpulan.

Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry 2.0G.

Super Spontan menemui peminat secara langsung bermula 30 Mac lalu menerusi tiga saluran serentak iaitu Astro Warna (132), Ria (104) dan SingTel Mio TV di Singapura, setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan