Lan (Kristal) Jadi Pengacara

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lan (Kristal) mengacara program 'Wisata'.
Lan (Kristal) mengacara program 'Wisata'.

PETALING JAYA: Buat pertama kalinya, vokalis daripada kumpulan Kristal, Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof, akan mengacarakan program berbentuk pengembaraan (travelog), Wisata, menerusi saluran TVi (Saluran 180 Astro).

Wisata, disiarkan setiap Sabtu bermula 7 April ini, pukul 5.30 petang.

Sebanyak 13 episod yang disiarkan, Lan akan menjelajah ke setiap pelusuk negara untuk mengenali tempat-tempat menarik dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia.

Program ini membawa penonton mengenali dengan lebih dekat lagi lokasi menarik dan budaya tersendiri masyarakat setempat di Semenanjung Malaysia termasuklah negeri Sabah dan Sarawak.

Episod pengenalannya bermula di Kuching, Sarawak yang mana masyarakat setempatnya mengadakan aktiviti Sarawak Regatta, acara tahunan sukan air bertaraf antarabangsa yang mempunyai sejarah tersendiri dan diadakan setiap tahun di Sarawak.

Kunjungan di Sarawak turut mendekati jejak warisan Sarawak dan Muzium Tekstil Sarawak yang penuh bersejarah.

Sementara itu, kepada yang berminat menerokai beberapa buah pulau di Sabah, program travelog berjudul 13 Hari mampu memberi pengetahuan kepada anda tentang’rahsia’ menarik di Pulau Mabul, Sipadan dan Kapalai yang terletak di perairan Sabah.

Penonton pastinya teruja untuk melihat keindahan batu karang yang berada di dasar laut selain turut memaparkan cara hidup dan aktiviti harian masyarakat tempatan bersama pengacara Azura Zainal dalam 13 episod siarannya.

13 Hari, akan disiarkan di saluran TVi mulai 8 April ini, setiap Ahad, pukul 8 malam.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan