Drama Pertama Idea Ahmad Izham Di TV9

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FIIL mengenai cerita cinta muda-mudi itu adalah konsep drama pertama cetusan idea Ahmad Izham. Foto AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
FIIL mengenai cerita cinta muda-mudi itu adalah konsep drama pertama cetusan idea Ahmad Izham. Foto AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar mendapat idea penghasilan drama bersiri Friday I'm In Love (FIIL) selepas mendengar lagu kumpulan rock antarabangsa, The Cure, dengan judul yang sama ketika sedang memandu pada 2008.

Ahmad Izham berkata dia gembira dan berbangga drama mengenai cerita cinta muda-mudi itu adalah konsep drama pertama cetusan ideanya yang berjaya direalisasikan di kaca televisyen.

"Drama ini sangat istimewa kerana ia adalah konsep drama televisyen pertama yang berjaya diterbitkan daripada empat konsep drama yang saya miliki.

"Saya menunggu selama empat tahun mencari platform paling sesuai bagi merealisasikan drama ini sehingga TV9 menunjukkan minat mereka pada idea tersebut," katanya ketika ditemui selepas pelancaran drama berkenaan di Damansara Perdana, di sini, Jumaat.

FIIL yang diarahkan Faizul Abdul Rashid dibintangi barisan pelakon muda iaitu Qushairi Razali (Qi), Nellydia Senrose, Ryzal Jaafar, Aiman Hakim Ridza, Zoey Rahman dan Bella Daly.

Drama sebanyak 13 episod ini akan disiarkan bermula 19 April pada setiap Khamis pukul 8.30 malam menerusi slot Aurora di TV9.

Ahmad Izham berkata penyiaran drama tersebut di stesen itu bukan disebabkan kedudukannya sebagai ketua bagi bahagian televisyen dalam kumpulan media terbabit.

"Saya sendiri yang bentangkan idea dan konsep drama ini seperti penerbit dan pengarah lain juga. Tiada istilah kronisme atau kedudukan menjadi kelebihan dan jaminan kepada pemilihan konsep yang dicadangkan.

"Kebetulan, tema drama ini bertepatan dengan konsep dan objektif TV9 yang kini menumpukan pada pengisian segar dan moden untuk penonton belia," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin pula berkata sebagai kelainan, stesen tersebut bakal menyiarkan kesudahan drama itu dalam format telefilem berdurasi dua jam di slot Skrin di 9 pada 18 Julai depan.

"Slot Aurora yang menghidangkan drama-drama bersiri tempatan mendapat respons yang sangat menggalakkan daripada penonton khususnya belia.

"Untuk itu, kami tampilkan pendekatan baru buat julung kalinya dengan menyiarkan kesudahan drama ini dalam bentuk telefilem selepas episod terakhir ditayangkan nanti," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan