12 Selebriti Lelaki Buat Persiapan Akhir ABPBH2011

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

12 selebriti lelaki popular menggayakan sut rekaan Lord's Tailor. Foto SHAARI CHE MAT
12 selebriti lelaki popular menggayakan sut rekaan Lord's Tailor. Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Menjelang acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) pada Ahad ini, seramai 12 selebriti lelaki membuat persiapan terakhir memilih dan mengubah sut masing-masing di butik Lord’s Tailor di Bangsar Shopping Complex (BSC).

Para selebriti yang antaranya seperti Fizo, Shaheizy Sam, Aeril Zafrel, Kamal Adli, Iqram Dinzley, Adam AF, Aaron Aziz dan Fizz Fairuz akan menggayakan sut tajaan butik tersebut pada acara ABPBH itu yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang.

Menurut jurucakapnya iaitu Bill Bora, sut yang menggunakan fabrik berkualiti itu akan digayakan pada acara permaidani merah ABPBH2011 oleh selebriti-selebriti berkenaan.

"Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menyemarakkan lagi penantian detik ABPBH2011.

"Dan memandangkan tinggal sehari lagi detik acara berpestij itu, kesemua artis yang ditaja oleh Lords Tailor membuat persiapan terakhir dengan melihat semula mana-mana bahagian sut mereka untuk diubah," katanya.

Sementara itu, Aeril mengakui dia begitu teruja untuk melalui permaidani merah ABPBH2011 kerana ia merupakan kali pertama dia menghadirkan diri ke acara berprestij itu.

"Ini merupakan pertama kali saya tercalon dalam ABPBH, mengenakan busana Lord's Tailor dan pertama kali juga saya menjejakkan kaki di acara tersebut.

"Satu pengalaman yang unik untuk saya lalui nanti. Berada di butik ini juga membuatkan saya berbesar hati kerana sudi menaja saya bersama rakan-rakan artis lain untuk mengenakan sut rekaan terkenal ini.

"Tak sabar rasanya untuk berada dalam suasana ABPBH2011. Apa-apa pun, saya tidak mengharapkan kemenangan, tetapi cukuplah kita dapat meraikan beramai-ramai," kata pencalon Top 5 Artis Baru Popular Lelaki itu.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan