Astro Tutor TV SPM Perkenalkan 'Gradz'

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Saluran Astro Tutor TV SPM kini memperkenalkan Gradz, menampilkan pelbagai informasi menarik tentang kerjaya serta program-program pengajian, khususnya untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Ketua Pendidikan Astro, Ravi Gopal, memandangkan permintaan Tutor TV semakin meningkat daripada para pelajar dan ibu bapa, Gradz diperkenalkan untuk menjadikan ia antara medium bagi menarik minat penonton muda belajar setiap mata pelajaran dengan pendekatan berbeza.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua lepasan SPM 2011 bagi pencapaian mereka dalam peperiksaan tahun lepas. Astro sangat komited untuk memberikan peluang-peluang pendidikan berterusan dan berkualiti kepada para pelajar.

"Memang menjadi harapan dan aspirasi kami agar Gradz akan terus membantu dan memberi panduan kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan peperiksaan mereka,” katanya.

Antara paparan Gradzyang bakal disisipkan termasuklah segmen 'Kerjaya Impian' yang membincangkan tentang pilihan pendidikan dan kerjaya, sekali gus memberikan contoh rakyat Malaysia yang berjaya dalam kerjaya impian masing-masing.

Sementara itu, 'Lepas SPM' pula akan memberikan panduan kepada para lepasan SPM dengan mengemukakan pilihan-pilihan yang bertepatan untuk pengajian mahupun kerjaya yang sejajar dengan perwatakan dan kebolehan mereka.

Tidak ketinggalan 'Di Luar Sana’, segmen panduan kerjaya yang turut membantu para lepasan SPM untuk memilih pengajian yang sesuai berdasarkan cita-cita mereka.

Selain itu, terdapat juga 'Get A Life – Cool Career', segmen mingguan yang memaparkan cabaran, isu-isu dan pilihan hidup remaja, terutamanya berkaitan dengan pendidikan dan kerjaya.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton kesemua program-program informasi ini dalam siaran istimewa Gradz.

Ia disiarkan pada setiap hari Ahad selama sejam dari pukul 11 pagi di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan