'Kilauan Emas 2' Diperluas Ke Singapura

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Jeffrydin dan Ana Raffali turut terlibat dalam Kilauan Emas musim terbaru.
Datuk Jeffrydin dan Ana Raffali turut terlibat dalam Kilauan Emas musim terbaru.

KUALA LUMPUR: Respons luar biasa daripada kelompok dewasa pada musim pertama program Kilauan Emas (KE) menyuntik keyakinan kepada Astro untuk meluaskan pencarian peserta ke Singapura.

Selain itu, beberapa pembaharuan turut diperkenalkan bagi merancakkan lagi pengisian musim baru yang akan bermula pada 28 April ini.

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi, beberapa pembaharuan yang bakal ditampilkan termasuk pertambahan bilangan peserta dan lokasi uji bakat, pengenalan kategori duet dan bimbingan dua guru vokal kepada para peserta.

"KE2 akan disiarkan serentak di Singapura juga menerusi rakan penyiar kami Singtel di saluran Ria. Sebab itu, penyertaan pada musim ini diperluaskan kepada masyarakat di sana.

"Masih lagi mengekalkan format seperti musim lalu, cuma kali ini jumlah peserta akan ditambah kepada 12 peserta di mana dua wakil terbaik daripada enam negeri uji bakat akan berentap pada peringkat separuh akhir," katanya di sini, Selasa.

Berbanding empat lokasi pada tahun lalu, uji bakat KE2 akan diadakan di 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah (28 April) dan Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak (5 Mei).

Bagi zon Selatan pula, uji bakat akan diadakan di The Zon Mall, Johor Bahru, Johor (12 Mei), Berjaya Megamall, Pahang (19 Mei) dan Megamall Pinang, Seberang Prai, Pulau Pinang (26 Mei).

Uji bakat terakhir adalah di Plaza Alam Sentral, Shah Alam (2 Jun).

Pada musim ini, para peserta KE2 bakal dibimbing oleh dua guru vokal iaitu komposer Adnan Abu Hassan dan penyanyi Juliza Adlizan.

Uji bakat pada kali ini turut menampilkan artis-artis popular di era 70 hingga 80an seperti Noreen Noor, Rohana Jalil, Ramlah Ram dan Hail Amir sebagai juri dan persembahan pentas.

Musim baru ini turut menampilkan lagu tema berjudul Kilauan Emas nyanyian Datuk Jeffydin dan Ana Raffali.

KE2 masih lagi diacarakan oleh Raja Azura.

Musim pertama program ini menyaksikan Mohd Ali Norpiah Mohd Johar dipilih sebagai juara.

Untuk maklumat lanjut, layari www.kilauanemas.com.my.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan