Dadali, Kumpulan Muzik Indonesia Pernah Bergelandangan

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Dadali ingin mencuba pasaran Malaysia.
Kumpulan Dadali ingin mencuba pasaran Malaysia.

KUALA LUMPUR: Kumpulan muzik dari Indonesia, Dadali, pernah mempunyai pengalaman hidup bergelandangan iaitu berkeliaran tanpa kerja di kota Jakarta sebelum mengecap populariti seperti hari ini.

Vokalisnya Dyrga memberitahu dia bersama ahli kumpulannya pergi Jakarta dari kampung mereka di Borgo, untuk menghantar rakaman demo ke beberapa buah syarikat rakaman, namun hasil kerja mereka ditolak mentah-mentah.

"Apabila karya ditolak, kami dah tiada arah tuju tetapi masih lagi nekad mencari orang yang berminat dengan lagu-lagu kami.

"Sementara mencari syarikat yang mahu mengambil kami sebagai artis naungan, kami hidup gelandangan dan ketika wang saku kami hanya tinggal Rp5,000 (RM2) yang hanya boleh membeli sekeping roti dan kemudian dibahagikan enam orang," kata Dyrga pada majlis pelancaran album pertama mereka berjudul Di Saat Aku Mencintaimu di Hard Rock Cafe, di sini, Selasa.

Selain Dyrga, kumpulan Dadali terdiri daripada Fadel (gitar bass), Rickarjd (gitar), Yuda (gitar), Oq (dram) dan Rix (keyboard).

Dyrga berkata, dia dan ahli-ahlinya bersyukur apabila bertemu dengan syarikat Nagaswara, yang ingin membantu mereka.

"Itu pun pada mulanya syarikat tersebut enggan mendengar lagu-lagu kami. Kemudian mereka meminta kami memperkemaskan lagu-lagu kami sebelum memberi peluang untuk kami menjadi artis mereka.

"Syukur, kami diberi peluang dan ketika itu kami sudah mempunyai sembilan buah lagu dan hanya memerlukan sebuah lagu lagi untuk dihasilkan," ujarnya.

Album Disaat Aku Mencintaimu kini boleh didapati di pasaran yang telah pun dipasarkan sejak November tahun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan