Aril Sanggup Jadi Bahan Eksploitasi Ahmad Dhani

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aril sanggup diperlakukan apa sahaja pada imej dan muzik demi perkembangan kerjaya nyanyiannya. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
Aril sanggup diperlakukan apa sahaja pada imej dan muzik demi perkembangan kerjaya nyanyiannya. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aril Pilus sanggup menjadi bahan eksploitasi komposer dan penerbit muzik dari Indonesia, Ahmad Dhani demi perkembangan kerjaya nyanyiannya.

Pemilik nama sebenar Khairil Azam Pilus, 27, itu berkata peluang untuk bekerjasama dengan komposer tersebut bukan perkara mudah.

Namun, dia percaya sentuhan dan kreativiti bekas anggota kumpulan Dewa 19 itu mampu menjadikan dirinya seorang penyanyi yang lebih baik dan berbeza selepas ini.

“Peminat muzik tanah air kenal pada karya Ahmad Dhani dan setiap sentuhannya adalah berbeza dan terkini. Saya rela diperlakukan apa sahaja demi kerjaya nyanyian saya tidak kiralah imej, genre muzik atau apa pun.

“Kalau dia meminta saya menetap di Indonesia untuk berguru dengannya atau menjadi vokalis kumpulan muzik yang baru ditubuhkan, saya akan buat semua itu.

“Ini adalah peluang emas saya untuk mengembangkan kerjaya di bawah bimbingan individu kreatif dan disegani seperti Ahmad Dhani,” katanya kepada mStar Online.

Penyanyi lagu Anugerah Terindah itu berkata peluang bekerjasama dengan Ahmad Dhani adalah pemangkin kepada perubahan kerjaya nyanyiannya kelak.

“Saya yakin dia akan bantu dalam melakukan transformasi muzik dan perjuangan seni saya mengikut kesesuaian dan selera semasa.

“Saya tahu kemampuan dan kekuatan saya dan aspek itu pasti dapat diperkemas untuk perubahan yang lebih segar selepas ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai persaingan sengit yang bakal dihadapi bersama dua lagi bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) iaitu Hafiz dan Akim dalam kumpulan yang sama, Aril berkata ia adalah peluang terbaik untuk mereka bersatu kembali selepas tiga tahun.

“Saya tidak fikir penyerapan kami bertiga di bawah satu kumpulan adalah permainan yang sengaja dirancang oleh produksi Mania.

“Mungkin penyerapan saya dalam kumpulan ini seperti dirancang tetapi Ahmad Dhani sudah terlebih dahulu memilih Akim (minggu pertama) dan Hafiz (minggu kedua) sebelum saya diserap masuk.

“Penyatuan kami bertiga adalah persaingan yang sihat. Kami sangat serasi dan tahu perangai dan kemampuan masing-masing. Jadi tidak timbul isu saya bimbang atau tergugat dengan Hafiz atau Akim,” katanya.

Selain mereka bertiga, Atilia dan kumpulan Estranged turut terpilih menyertai empayar muzik Ahmad Dhani.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan