Ahmad Dhani Mahu Terbit Album Gabungan Artis Malaysia, Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Dhani
Ahmad Dhani

KUALA LUMPUR: Komposer Ahmad Dhani meluahkan hasrat untuk menggabungkan penyanyi-penyanyi Malaysia dalam sebuah album khas terbitannya yang dijangka diterbitkan pada tahun hadapan.

Ahmad Dhani berkata, album yang berkonsepkan gabungan karyawan Malaysia-Indonesia berjudul Antara Kuala Lumpur dan Jakarta itu adalah kerjasama yang baik pada aspek hubungan dua negara dan dapat meluaskan lagi jenama artis-artis tempatan ke Indonesia.

“Saya mahu mencari lebih ramai penyanyi di sini untuk menyertai saya dalam projek khas ini (album). Ia akan menjadi hubungan dua hala di mana penyanyi-penyanyi Malaysia bakal merakamkan lagu-lagu komposer Indonesia termasuk saya.

“Saya sudah mengenal pasti beberapa bakat nyanyian di sini dan mahu mencari lebih ramai lagi,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Ditanya mengenai perancangannya dengan barisan penyanyi di bawah empayarnya iaitu Atilia, kumpulan Estranged, Akim, Hafiz dan Aril, pengasas kumpulan Dewa 19 itu berkata, dia tidak mahu menambahkan tekanan kepada para peserta dan menasihati mereka untuk melakukan persembahan dengan baik sahaja.

“Nasihat saya pada mereka, tidak perlu tertekan atau bimbang pada soal menang atau persaingan. Apa yang penting, mereka cuba menjayakan persembahan nanti dengan relaks dan menghiburkan,” katanya.

Difahamkan, Ahmad Dhani sudah mula menjalin kerjasama dengan penyanyi Stacy bagi projek lagu terbaru penyanyi dari Sabah itu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan