Mania: M. Nasir, Aubrey Suwito Tertekan Buat Pilihan

Diterbitkan: Ahad, 1 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Empat penyanyi yang bersaing pada minggu ketiga Mania, Awi Rafael, Hazama, Jaclyn Victor dan Shila Amzah. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
Empat penyanyi yang bersaing pada minggu ketiga Mania, Awi Rafael, Hazama, Jaclyn Victor dan Shila Amzah. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

KUALA LUMPUR: Dua penerbit muzik berkaliber tanah air, Datuk M. Nasir dan Aubrey Suwito mengakui berasa tertekan apabila terpaksa memilih penyanyi-penyanyi di bawah empayar muzik masing-masing secara langsung dan spontan pada program Mania, malam Sabtu.

Mereka terpaksa membuat pilihan di hadapan penonton di antara empat penyanyi iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Hazama dan Awi Rafael pada minggu ketiga yang diadakan secara langsung dari Studio 1, Pusat Penyiaran Asia, Astro, Bukit Jalil, di sini.

M. Nasir berkata dia berdepan tekanan untuk membuat pilihan pada malam itu kerana ia terpaksa diputuskan secara langsung dan spontan di hadapan khalayak menerusi televisyen.

“Bukan mudah untuk membuat pilihan di depan televisyen dalam siaran langsung seperti ini (Mania) kerana ia memerlukan kekuatan mental dan pertimbangan sewajarnya. Persembahan mereka (peserta) hebat-hebat belaka,” katanya selepas siaran langsung program itu.

Aubrey yang turut berkongsi tekanan berkata, walaupun proses pemilihan itu tidak jauh berbeza daripada tekanan yang sudah mereka lalui sejak dua minggu lepas, ia menjadi lebih mencabar pada kali ini kerana faktor siaran langsung.

“Sekarang saya rasa tekanan itu sudah kendur dan hilang, malah keputusan juga sudah kita ketahui.

“Sebenarnya, proses pemilihan pada malam ini (Sabtu) adalah sama seperti apa yang saya, Datuk (M. Nasir) dan Ahmad Dhani lalui sejak dua minggu lepas. Cuma kali ini, sedikit tertekan kerana ia dibuat secara langsung di hadapan penonton,” katanya.

Usai konsert berkenaan, Datuk M. Nasir memimpin Stacy, Ebi (AF5), kumpulan Kristal, Shila Amzah dan Hazama.

Lima penyanyi yang bernaung di bawah empayar Aubrey Suwito pula adalah Adira, Alyah, Chaq (Mentor), Jaclyn Victor dan Awi Rafael.

Ahmad Dhani yang sudah memilih empat penyanyi sejak dua minggu lalu iaitu Atilia, kumpulan Estranged, Akim dan Hafiz, menerima peserta Hot Seat terakhir, Aril bagi melengkapkan kuota lima penyanyi di bawahnya.

Pada malam itu, Jaclyn Victor menyampaikan lagu Pilihlah Aku (nyanyian asal Krisdayanti), Shila Amzah dengan Set Fire to The Rain (Adele), Hazama menerusi Nur Nilam Sari (Search) dan penyanyi Singapura, Awi Rafael mendendangkan lagu Dewa 19, Hadapi Dengan Senyuman.

Aril yang juga peserta terakhir daripada undian Hot Seat menampilkan lagu kumpulan Ungu, Hampa Hatiku.

Konsert yang diacarakan oleh Aznil Hj Nawawi itu disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan