Super Spontan: Angsa Ganas Menang Minggu Pertama

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Angsa Emas menang pada minggu pertama Super Spontan dengan 53 peratus undian. - Foto oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL
Kumpulan Angsa Emas menang pada minggu pertama Super Spontan dengan 53 peratus undian. - Foto oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL

KUALA LUMPUR: Kumpulan Angsa Ganas berjaya mendapat undian SMS tertinggi iaitu sebanyak 53 peratus menewaskan kumpulan Beruang Comel (47%) pada pertandingan program Super Spontan, malam Jumaat.

Angsa Ganas dianggotai Zizan, Suhaimi, Tauke, Rahim R2, Rizman, Zahid dan Nana Mahzan serta diuruskan oleh Rashid Salleh.

Ahli-ahli kumpulan Beruang Comel pula ialah Johan, Bell Ngasri, Ropie, Shahrul Shiro, Sathiya, Cat Farish dan Yasmin Hani.

Kumpulan tersebut sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM5,000 dan wang tersebut akan disumbangkan kepada keluarga Allahyarham Din Beramboi, yang merupakan salah seorang selebriti yang pernah menyertai program Spontan.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, Allahyarham merupakan seorang individu yang sangat berbakat dalam persembahan spontan dan keluarganya layak menerima sumbangan tersebut.

"Kemunculan program Super Spontan disebabkan oleh kejayaan Spontan yang mendapat respons yang sangat positif sebelum ini.

"Dan kejayaan itu disebabkan oleh pelawak-pelawaknya dan salah seorang daripadanya adalah Allahyarham Din.

"Justeru itu, bagi mingu pertama, keluarga Allahyarham Din adalah yang paling sesuai menerima sumbangan tersebut," katanya selepas pertandingan itu yang diadakan secara langsung di Studio Finas, Hulu Klang menerusi saluran Astro Warna (siaran 132).

Pada pertandingan tersebut, Beruang Comel yang tewas itu terpaksa memilih salah seorang daripada ahlinya untuk disingkirkan.

Bagaimanapun mereka bernasib baik kerana pengumuman penyingkiran akan dilakukan pada minggu hadapan.

Super Spontan dihoskan oleh Adibah Noor manakala kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik sebagai pengkritik tetap selain Amir (Raja Lawak ) sebagai pembantu mereka untuk berinteraksi dengan peserta dan penonton.

Setiap minggu, Super Spontan bakal menampilkan tema permainan berbeza yang mana kebanyakan peserta tidak mengetahui tugasan yang perlu dilakukan pada minggu berkenaan.

Proses pemarkahan pula dilakukan berdasarkan undian daripada penonton seratus peratus tetapi untuk memilih kumpulan yang layak menang pada setiap minggu dan penyingkiran pula berdasarkan kepada suara ahli kumpulan.

Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry 2.0G.

Selain itu, kumpulan yang mendapat markah tertinggi berdasarkan persembahan mingguan akan memenangi RM5,000 untuk disalurkan kepada badan kebajikan yang akan diumumkan kemudian.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan