Kandungan 'Upin & Ipin The Musical' Masih Belum Memuaskan

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Teater Upin & Ipin The Musical akan mencapai standard terbaik. Foto LOW LAY PHON
Teater Upin & Ipin The Musical akan mencapai standard terbaik. Foto LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd selaku penerbit teater Upin & Ipin The Musical, Burhanuddin Md Radzi berkata beberapa pindaan pada pengisian teater itu masih dilakukan demi mencapai standard terbaik sebelum ia dipentaskan kelak.

Burhanuddin berkata, sehingga ke hari ini dia masih dapat melihat beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki terutamanya pada aspek dialog dan naratif.

"Sehingga kini, saya percaya ada beberapa aspek pada teater ini yang boleh diperbaiki lagi. Saya melihat aspek dialognya boleh dipertingkatkan agar lebih sesuai dengan tema kanak-kanak.

"Ini kerana kebanyakan dialognya kedengaran seperti perbualan orang dewasa dan bukan seperti lenggok dialog kanak-kanak.

"Penceritaan atau naratifnya juga perlu diteliti agar ia mantap dan tidak meleret, biar setiap babak itu berkesan dan tidak membazir," katanya ketika mengumumkan KPJ Healthcare sebagai penaja utama muzikal berkenaan di sini, petang Khamis.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datin Paduka Siti Sa'adiah Sheikh Bakir berkata kerjasama yang terjalin dengan muzikal itu merupakan platform terbaik untuk mendidik sambil menghiburkan kanak-kanak pada aspek kesihatan.

"Upin & Ipin adalah ikon kanak-kanak manakala KPJ Healthcare pula syarikat penjagaan kesihatan yang mengutamakan golongan kanak-kanak.

"Kerjasama ini adalah idea yang baik untuk kami memberikan kegembiraan kepada pesakit kanak-kanak kami menerusi siri jelajah watak-watak animasi ini di 20 hospital kami," katanya.

Siti Sa'adiah berkata, pembabitan buat julung kali institusi kesihatan itu dalam projek seni persembahan seumpama ini termeterai kerana kesesuaian pada kanak-kanak dan aspek penjagaan kesihatan.

"Kami percaya menerusi jalinan kerjasama seperti ini, pendidikan mengenai kesihatan dapat diterapkan pada kanak-kanak. Sebab itu kami terpanggil untuk bekerjasama dalam pementasan ini," katanya.

Upin & Ipin akan dipentaskan bermula 14 April hingga 6 Mei depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Muzikal itu bakal menjadi pementasan paling banyak dipentaskan dalam sejarah Istana Budaya iaitu sebanyak 30 persembahan sepanjang 23 hari.

Tiket-tiket berharga RM33, RM53, RM83, RM103, RM153, RM203, RM253, RM353 dan RM453 boleh didapati menerusi laman web www.ticket2u.biz.

Orang ramai juga boleh menghubungi 03-6186 6592, 017-200 4249 atau e-mel alphaevents@hotmail.com bagi tempahan korporat.

Layari blog rasmi, www.upinipinmusical.blogspot.com untuk informasi lanjut.

Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan