'Jom Ke Panggung' Dedah Maklumat Industri Filem

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketika lambakan program hiburan yang penuh dengan gosip hangat menjadi perhatian, syarikat produksi Fantasy Film Sdn Bhd mengambil langkah yang lebih positif dengan menyediakan informasi terkini mengenai industri perfileman tempatan menerusi program Jom Ke Panggung (JKP).

Ketua Pegawai Operasinya, Cat Farish berkata, JKP yang telah pun disiarkan menerusi saluran TV2 sejak 27 Februari lalu merupakan salah satu tarikan buat masyarakat bagi menyaksikan filem-filem tempatan.

"Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat filem-filem tempatan semakin bertambah dan statistik menunjukkan bilangan penonton filem tempatan semakin meningkat.

"Jadi, JKP menyajikan informasi filem yang bukan sekadar di belakang tabir semata-mata, tetapi juga berkongsi maklumat tentang kutipan filem yang terkini serta filem-filem terbaru yang bakal ditayangkan," katanya yang ditemui selepas pelancaran program tersebut di TGV, KLCC di sini, Khamis.

Selain itu tambah Cat, JKP yang dikendalikan oleh Naz atau Nazruddin Habibur Rahman itu turut memaparkan maklumat terkini mengenai filem-filem antarabangsa.

Program yang disiarkan selama setengah jam setiap Selasa pukul 9.30 malam ini akan dipecahkan kepada enam segmen iaitu Akan Ke Panggung, Pecah Panggung, Projektor, Anak Wayang, Gosip Panggung dan Buletin Panggung.

Segmen Akan Ke Panggung memberi ruang kepada penonton untuk mendapatkan informasi dan susunan filem yang akan ditayangkan.

Pecah Panggung pula merupakan segmen filem-filem yang mendapat kutipan tinggi. Seterusnya Projektor menyingkap di sebalik tabir pembikinan filem-filem tempatan.

Menariknya tentang segmen ini penonton disajikan dengan teknik-teknik pembikinan dan kupasan daripada pengarah serta pelakon dalam sesebuah filem berkenaan.

JKP pastinya akan menjadi lebih hangat apabila segmen Anak Wayang yang memaparkan perjalanan kerja serta mengenali para pelakon dan krew produksi secara lebih dekat.

Begitu juga dengan Gosip Panggung, segmen ini akan mencuit para pelakon dan penggiat filem dengan gosip-gosip yang melanda mereka.

Manakala Buletin Panggung pula akan berkongsi maklumat mengenai aktiviti perfileman terkini seperti pratonton filem dan berita-berita semasa yang berlaku dalam industri perfileman.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan