Dianiaya Rakan Artis, Pian (Cecupak) Mahu Ambil Tindakan

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara Pian (Cecupak) berkata sikap diskriminasi penggiat industri dan artis terhadapnya membuatkan dia berasa tawar hati untuk terus berada dalam bidang hiburan.

Pelawak berusia 42 tahun itu memberitahu ketelusannya dalam membuat pengakuan terbuka beberapa kesilapan yang pernah dilakukan termasuk menyuntik botoks di wajah sebelum ini telah disalah ertikan.

"Saya berasa terkilan dan kecil hati dengan industri hiburan ini. Saya dianiayai oleh penggiat seni dan artis di mana mereka cuba menutup periuk nasi saya.

"Saya tidak mendapat sebarang tawaran untuk program televisyen malah ada pula yang terus mencaci dan menghina hanya kerana saya bersikap jujur," katanya.

Bagaimanapun, Pian berkata dia tidak akan berdiam diri dengan sikap buruk segelintir artis yang berniat jahat untuk menganiayainya.

"Keadaan ini sangat menyedihkan saya dan membuatkan saya nekad untuk berundur diri apabila tiba waktunya nanti.

"Tapi saya takkan berdiam diri kepada beberapa artis yang cuba menganiayai saya. Saya sedang mengumpulkan bukti dan akan ambil tindakan ke atas mereka," katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, Pian berkata kekurangan tawaran sebagai pengacara memberikan lebih masa kepadanya untuk menumpukan perhatian pada produk kecantikan, Soft dan bisnes kertas dinding.

"Selain bisnes, saya juga sibuk menyiapkan rakaman album untuk anak saya, Aina Fazrin yang berusia 15 tahun.

"Apabila dia semakin kukuh dalam bidang nyanyian nanti, mungkin itu waktu terbaik untuk berundur diri sepenuhnya," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan