Rihanna Mahu Bercuti Dengan Ashton Kutcher

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rihanna
Rihanna

BINTANG muda Rihanna dilaporkan mahu menghabiskan masa bersama aktor Ashton Kutcher di England pada musim panas depan.

Penyanyi lagu We Found Love yang berusia 24 tahun itu dipercayai mula intim dengan Kutcher sejak lapan minggu yang lalu.

Terbaru, penyanyi berkenaan dikatakan mengajak aktor itu untuk mengikutinya pada siri persembahannya di festival Wireless di Hyde Park dan Hackney Radio 1 di United Kingdom pada Jun dan Julai depan.

Rihanna dipercayai sedang menjalani hubungan yang serius dengan pelakon berusia 34 tahun itu sehingga membawa Kutcher menemui abangnya Rorrey di New York, baru-baru ini.

Satu sumber berkata kepada akhbar The Sun: “Rihanna dan Rorrey mempunyai hubungan adik-beradik yang rapat, jadi tindakan untuk menemukan Ashton dengan abangnya adalah satu perkara yang besar.

“Jelas sekali, Rihanna begitu serius dengan hubungannya bersama Ashton.”

Dalam perkembangan lain, bekas isteri Kutcher, aktres Demi Moore yang baru keluar daripada pusat pemulihan kerana masalah ketagihan dan gangguan tabiat makan berkata, dia semakin bahagia selepas perceraian mereka pada November tahun lalu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan